Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kemelut 1MDB - Tulisan Terbaru Tun M




Tulisan Terbaru Tun M

THE 1MDB STORY

Terjemahan Radin Lizawi Radin Othman

1. Hasil maklum balas komentar pada blog serta pertanyaan yg diajukan oleh masyarakat bila berjumpa saya ketika membeli belah, amat ketara sekali betapa ramai yang masih tidak mengetahui, jauh sekali memahami masalah yg membabitkan 1MDB ini. Pengetahuan mereka terbatas sekadar kepada persoalan pinjaman RM42 Bilion dan kecelaruan yg Najib lakukan tetapi tidak kepada butiran dan rentetan kesalahan yg bercanggah dengan peraturan yang telah menjadi asas kepada rintihan saya untuk meminta Najib mengundur diri.

2. Atas perkara inilah saya merasakan ada satu keperluan untuk menjelaskan kesilapan yg berlaku pada 1MDB, secara berperingkat.

Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA)

3. Dimulakan dengan usaha untuk mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu, yang mana dana tersebut adalah hasil bayaran Royalti minyak daripada Petronas kepada kerajaan Terengganu sebanyak 5% setahun. Jumlah dana tersebut telah meningkat menjadi jumlah yang sangat besar saban tahun.

4. Atas nasihat Jho Low, Najib telah menjadikan Lembaga Pelaburan Terengganu sebagai dana pelaburan negara seperti Kuwaiti Investment Fund dan diletakkan di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Perlantikan pegawai kepada entiti tersebut juga, dibuat sepenuhnya oleh Najib tanpa campurtangan kerajaan Terengganu. Pada mulanya kerajaan Terengganu akur kaedah ini tetapi apabila Najib memutuskan untuk menerbitkan bond pinjaman berjumlah RM5 billion dengan mencagarkan telaga minyak Terengganu, kerajaan dan pihak istana telah menilai semula persetujuan tersebut.

5. Kerajaan Terengganu memohon agar penerbitan bond ditunda tetapi malangnya Najib tetap berkeras meneruskan tindakan tersebut dan tindakan beliau ini menyebabkan kerajaan Terengganu menarik diri demi menjamin integriti telaga minyak mereka.

6. Sebagai langkah susulan, atas pandangan Jho Low, Najib telah meletakkan kerajaan persekutuan sebagai penjamin pinjaman penerbitan bond 5 Bilion ini. Tindakan tersebut sepatutnya terlebih dahulu melalui perbincangan dan kelulusan kabinet. Sehingga kini, tidak ada bukti bahawa kertas kabinet telah disediakan untuk kelulusan walaupun ianya melibatkan satu jumlah yang sangat besar. Yang menambahkan lagi keajaiban ialah, ahli kabinet langsung tiada bayangan urusan dan aktiviti yang dilakukan oleh 1MDB.

7. Untuk mengelak daripada pengetahuan dan menimbulkan kecurigaan pegawai dan agensi kerajaan, pinjaman ini telah diklasifikasikan sebagai belanjawan luarjangka iaitu belanjawan yang dibuat di luar jadual belanjawan tahunan yang lazim dibentang dan diluluskan oleh parlimen setiap tahun. Untuk pengetahuan semua, belanjawan luarjangka boleh dilakukan tetapi biasanya melibatkan jumlah yang terhad. Amaun RM5 billion ini tidak pernah sama sekali dilakukan oleh kerajaan serta mana-mana agensinya sebelum ini. Secara etikanya, pinjaman tersebut tidak sepatutnya ditakrif sebagai bajet luarjangka serta mesti mendapat kelulusan kabinet dan seterusnya dibentangkan untuk kelulusan di parlimen. Malangnya, tidak ada satu pun langkah-langkah di atas yang diikuti.

8. Tiada kepastian bahawa mana-mana agensi kerajaan telah meneliti dokumen perjanjian pinjaman tersebut tetapi nyata sekali perjanjian ini berat sebelah dan amat tidak memihak kepada kerajaan.

9. Goldman Sachs yang mengendalikan urusan pinjaman tersebut telah diberikan ganjaran berikut:-

(i ) Komisyen 10%
(ii) Kadar faedah tetap 5.9%


10. Ini bermakna, daripada pinjaman USD5 billon ini, 1MDB hanya mendapat USD4.5 billion. Goldman Sachs pula akan membawa pulang USD500 juta sebagai komisyen mereka, dan pulangan ini merupakan satu jumlah yang sangat besar.

11. Sebaliknya 1MDB dikehendaki membayar faedah 5.9% ke atas keseluruhan jumlah RM5 billion yang jika diambilkira jumlah bersih setelah ditolak komisyen Goldman Sachs yang cuma RM4.5 Bilion, melonjakkan kadar faedah yang ditanggung 1MDB menjadi 6.6%. Goldman Sachs, sebuah syarikat Yahudi pula, mendapat RM500 juta, bersih tanpa sebarang tekanan hutang, jauh sekali faedah.

12. Lazimnya, faedah ke atas pinjaman ataupun jaminan pinjaman kerajaan berlegar dalam lingkungan 3% atau kurang. Sebaliknya 1MDB mempunyai kadar faedah terlebih 7%, iaitu 10%, dari kadar kebiasaan, bermakna RM350 juta setahun atau mencecah hampir RM1 juta SEHARI untuk bayaran faedahnya sahaja!

13. Siapakah gerangan yang sanggup meluluskan terma pinjaman syarikat milik kerajaan yang sedemikian rupa? Kita ingin tahu siapakah orangnya. Sewajarnya wujud dokumen2 berkaitan yang mencatatkan perkara di atas, bertandatangan dari pegawai autoriti berkenaan. Jika langsung tidak ada sebarang dokumentasi, bermakna seseorang mesti dipertanggungjawabkan atas kecuaian ini. Atau mungkin juga berlakunya satu penyalahgunaan kuasa.

14. Kegilaan aktiviti peminjaman ini tidak berhenti setakat itu, malah berterusan meminjam daripada bank tempatan dan luar negara hingga mencecah RM42 billion yang mana terma pinjaman masih seperti biasa, tetap kabur. Faedah untuk pinjaman yang berjumlah RM42 billion akan menjangkau RM3 billion setahun! Melainkan pelaburan ke atas RM42 billion ini menghasilkan pulangan yang sangat luarbiasa lumayannya, bebanan daripada faedah ini sahaja sudah memadai untuk meranapkan 1MDB. Umum mengetahui bahawa Ananda Krishan telah menyediakan dana RM2 billion untuk menganjak bayaran faedah tersebut. Adakah ini hadiah atau pinjaman? Berkemungkinan besar 1MDB terpaksa melupuskan saham atau aset lain dalam masa terdekat untuk menjana jumlah RM3 billion bagi melangsaikan pinjaman jangka pendek mereka daripada sebuah bank Jerman.

15. 1MDB secara khususnya diketuai oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Sebarang pinjaman yang berjumlah RM100 juta ke atas untuk tujuan pelaburan luar negara, wajib mendapat kelulusan Bank Negara. Dan kelulusan terakhir dan pemutus Bank Negara ialah daripada Menteri Kewangan, yang mana dalam kes ini, juga merupakan ketua 1MDB.


PELABURAN

16. Pelaburan tersohor 1MDB ialah membabitkan pembelian kilang janakuasa dan tanah milik kerajaan serta persendirian.





KILANG JANAKUASA

17. Sejumlah RM18 billion telah dibelanjakan untuk membeli IPP milik Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power dan Jimah Energy.

18. Harga yang ditawarkan untuk membeli Genting Sanyen dan IPP Ananda Krishnan adalah pada harga yang luar biasa tinggi dari harga pasaran. Perlu ditekankan bahawa harga yang dibayar 1MDB ini juga termasuk penyerapan tunggakan pinjaman berjumlah RM6 billion yang diambil IPP berkenaan. Jimah IPP, yang telah dimiliki oleh 1MDB, dikehendaki mendirikan sebuah lagi kilang janakuasa tapi malangnya 1MDB tidak mampu membiayai pembinaan tersebut disebabkan masalah kewangan.

19. Genting Sanyen dan Tanjung Power telah hampir tamat tempoh pegangan lesen mereka. Jika hanya 1MDB menunggu seketika saja lagi, nilai kilang tersebut akan mencecah paras lantai, seakan2 tiada nilai.

20. Adalah satu keanehan mengapa 1MDB tidak sanggup menunggu sehingga lesen IPP ini tamat tempoh untuk memulakan langkah pembelian. Genting dan IPP Ananda Krishnan telah mengaut keuntungan yang melampau hasil penjualan kilang tersebut dengan anggaran keuntungan mencecah RM3 Bilion. Di samping itu, juga mendapat bonus, terlepas daripada tanggungan hutang RM6 billion yang telah diserap oleh 1MDB seperti tertera dalam terma perjanjian pembelian mereka.

21. Bukan sahaja pinjaman 1MDB satu bebanan besar, kos pelaburan juga yang terlalu besar dan membebankan yang sudah pasti menghasilkan pulangan yang sangat minimal. Kenapa 1MDB begitu bodoh?

22. Seperti bebanan yang tertera di atas, 1MDB sudah pasti tidak mampu memacu IPP2 yang dibeli ini ke bursa saham. Siapa yang sanggup melabur untuk membeli sebuah IPP yang ternyata tidak menguntungkan?


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ