Betul ke Blogger Popular Sombang?
Assalamualaikum wbt...
Betul ke blogger popular sombong? Entah lah yer... mungkin tak semua la kot. Ida terkena lah pada satu blogger pompuan ni...mungkin secara kebetulan kot... atau pun mungkin dia tak perasan yang kita dah singgah, follow dan tinggalkan komen di blog / entry dia, di cbox pun tidak ketinggalan....almaklumlah blogger popular kan... follower pun beriban2... kan...kan...kan...
Ermmmm
Kalau satu kali kita singgah kat blog dia mungkin la dia tak perasan kot... ini dah lebih lima (5) kali kita singgah beri komen kat entry dia... tinggal pesan lagi kat cbox dia, siap follow sekali, tapi dia sikit pun tak pandang kita.
Agak2nya.... kita nak singgah berapa kali di blog dia baru dia nak datang ke blog kita?
Agak2nya.... kita dah tinggalkan komen berapa kali di entry dia baru dia nak datang ke blog kita?
Agak2nya.... kita tinggalkan pesan berapa kali di cbox dia baru dia nak datang ke blog kita?
Ermmmmm
Kalau begitu, memang betul kata salah seorang blogger yang Ida singgah suatu ketika dulu bahawa blogger popular ni pentingkan diri sendiri. Dia mahu hanya orang saja datang ke blog dia, baca entry dia serta komen. Dan dia pula hanya datang ke blog yang dia kenal sahaja atau yang dah jadi pengikut fanatik dia. Kalau setakat blogger baru macam Ida ni, sikit pun dia tak pandang. Alahaiiiiii.
Sebab tu, Ida ni jarang nak follow blog yang sudah mencecah follower melebihi 2k ke atas. Sebab menyampah lah dengan situasi ini. Kecuali kalau sekali Ida singgah dan tinggal pesan di cbox dia, dia akan datang dan follow Ida terlebih dahulu. Ida cukup hormati blogger seperti itu. Mana2 rakan blogger yang dah follow Ida, tetapi Ida masih belum follow anda, harap dapat beritahu Ida ya, sebab kadang2 Ida tidak dapat membalas follow kerana link yang anda berikan tidak tepat.
Siapa lah kita di bumi Allah ini...hanyalah insan kerdil yang tidak mempunyai apa2, jasad kita sama2 akan menjadi tanah dan dimakan ulat jua akhirnya...
24 comments:
Dia xde masa nk tgk satu2 kot. Kn dh byk sgt. Eheh.
eh sama lah kita :) sy terfikir jugak nak wat entry macam ni tapi takut nty org tak suka plak,huhu situasi kita sama la, sy pon blogger baru, baru berapa bulan je dlm dunia blogger nih, fren pon xramai lg, sy akan rajin singgah blog org yg dh ramai blogger tp masih rajin ke blog kita, hormat sangat :D tp bila sy ke blogger popular mesty xdilayan.sedih gila :( huhu xpa, atleast ada yg x sombong lg :)
mungkin yg dah popular tu bz sbb dah jadi popular,,, hehehe
yg penting tujuan kita melawat.. :)
saling menghormati
save 22
Haloo. Ngee. Taklah dorang tak sombong. Cuma kengkangan masa kot bt mreka susah nak jejak blog kite. :D
Sy kenal dan pernah rapat dgn beberapa blogger terkenal. Mereka sedaya upaya dan berdedikasi terhadap intipati post2 mereka yg mereka harap akan memberi manfaat kepada pembaca mereka. Mereka tak nak pembaca masuk and xdpt ilmu yg mreka curahkan (menulis bukan senang kan? hee).
Bg sy bukan saling follow/ saling lawat-melawati melambangkan 'respect' tetapi kesungguhan bagaimana mereka menyediakan post2 bermanfaat kpd pembaca dalam bidang yg mereka ceburi.
Walau dorg popular pun, dorang tak akan popular tanpa pembaca (tanpa kita). Even mcm dorang tak show how they appreciate us, but they do. Always do.
Cara paling senang nak tgk blogger tu appreciate pmbaca ke tak, dorang akan balas komen2 kita (terutama anything with tanda soal (?)).
That is what I called respect. :) hehe. but evryone have their own prspective lah kan. :D
hu3..xpstilah pulak sal 2 =) kalau dh popular..tp lupa asal usul, 2 nmnya xbersyukur..ape pn bersgka baik jelh..
Beranggapan positif .... entry Ida masukkan mungkin terpadam, tak terang ke atau si blogger tu terlalu sibuk melayan ida yang lain
apa yg Ida tulis tu memang sama cam apa akak rasa..:(
tapi x semua blogger pupular tu sombong...ada jugak yg sudi singgah kat blog kita..tp nak mengharapkan follow back..memang taklah..huhuhu..
sama juga dengan mama, mama pun ada juga terasa.. sayu hati ni, mana nak dipandangnya kita yang baru nak naik ni.. tapi takpe... banyak lagi blooger lain yang awesome.... kan kan... hihihi
tak semua sombong. mungkin diorang tak terlarat nak balas jejak ramai sangat. heee :D
Haha. Sabar jela ida. Maybe dy sndr x perasan kottt.. or dy buzy ke. Bersangka baik jelah..
sabar...mungkin sebab banyak sangat komen dan followers tu..
selalu je terkena kak... tapi, zizie mcm dah tak heran dah blogger mcm tu.. huhu..
Pendapat yang bernas... yup...maybe lah kot. Tapi kadang2 post mereka tak manafaat mana pun cuma lebih kepada kisah peribadi dan hal anak2 jer
yup... bersangka baik jer lah...dan kadang2 kita pun tak tahu apa masalah mereka...kan..kan hehe
Bukan apa...kadang2 kita rasa bangga gak bila ada blogger popular sudi menjejakkan kaki ke blog kita yang tak seberapa ni... macam bro Sop, ida bangga bro sudi datang singgah sini.
Hehehe agaknyer laaa...terkeliru sbb ramai pula yang nama Ida...hahaha kelakar lah en Zamemi ni
Betul tu kak... ida pun kata tak semua...tapi yang itulah kita terjumpa dulu hehehe
Ya la mama... kita buat biasa2 jer lah...just kita blogwalking jer. Sebenarnya dia nak datang atau tak, tak jadi hal....banyak lagi blogger2 lain yang baik hati dan peramah macam mama yang sudi singgah dan melayan. Cuma sekadar meluahkan apa yang terbuku dalam hati jer...betul ker mereka mcm tu...dan biasalah jawapan yang kita dapat ada pro dan kontra...just muhasabah diri jer lah hehe
Ye lah Zizie, pasni nak jadi macam zizie lah...pejam mata dan layan yang indah2 jer hehehe
Kesimpulannya:
1). Kita harus bersangka baik jer lah sebab kita tak tahu apa masalah dorang.
2). Kalau kita follow orang, jangan harap mereka follow kita balik.
3). Kalau kita komen kat post dorang, jangan harap mereka akan komen kita balik.
4). Kalau kita jalan2 kat blog dorang, jangan harap mereka jalan2 kat blog kita balik.
Abaikan saja peribahasa: ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.
Sesungguhnya tiada insan dan sempurna di bumi Allah ni.
akak pun pernah fikir macam yang ida fikirkan.. kita dah lama follow dan tinggalkan jejak di blog mereka melalui beberapa komen di entrinya,tapi dia tak pernah datang balik pun.. sedangkan akak tengok dia ada tinggalkan komen di blog rakan blogger yang lain (adakah itu dinamakan dia sibuk? itu menggambarkan dia pilih bulu).. apa boleh buat, siapalah diri akak untuk mempertikaikan apa yang mereka suka (mungkin entri akak tak menarik untuk dibaca kot).. yang penting masih ramai lagi rakan-rakan blogger lain (newbie) yang menyokong.. sama-sama menyokong rakan-rakan yang seangkatan dengan kita..
p.s: setuju sangat dengan kesimpulan tu ida..
Assalammualaikum Ida, rasa-rasanya macam tu la kowt tapi maybe dorang pun penat kowt nak balas komen atau twitter atau pun nak social dengan fans dorang yang belambak tu kan? hmmm
Hishop + Save22
Jejak IskandarX 3.0 iskandarx.com
heheheh...pikir yang positif jer...dabo jer lah....mungkin terlepas pandang...hehehehe....atau mungkin dye x dapat nak detect balik...hehehehe....peace no war!!!hakhakhak!!!
Post a Comment