Isteri Dicekup Berkemban Bersama Duda Oleh Suami Sendiri
Kota Kinabalu: Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.
Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.
“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.
“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.
“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya.-hmetro
9 comments:
hmm.. manusia zaman sekarang
Macam2 hal...
banyak dah case macam ni, tak tahu nak cakap macam mana dah --'
masyaAllah..:(
cium bau neraka kelak.
klau lah ada hukum hudud...
Nauzubillah...! rumah tangga baru setahun jagung dah buat perangai...
Nauzubilllah. Marilah sama-sma kita berdoa moga mereka ini diberi hidayah oleh Allah SWT.
Subahan allah...suami bayar si isteri ribuan ringgit tetapi isteri main lelaki lain pula di hotel,buat apa simpan isteri macam tu...suami bagi makan dan beri duit dia guna buat maksiat bersama lalaki bukan suami...suami rugi bayar berian mahal isteri main di hotel...
Post a Comment