Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Villa Nabila : Lembaga Misteri Di Villa Nabila (PT 2)

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt....

Seperti yang dijanjikan semalam di dalam entry Lembaga Misteri Di Villa Nabila (PT 1) di sini, Ida paparkan lagi gambar-gambar berkaitan di kolam renang tersebut. (Maaflah terlewat sedikit dari yang dijanjikan) Sebenarnya Ida sendiri masih tertanya-tanya dan tidak tahu apa jawapan yang sebenarnya malah ia mengajak untuk kita berfikir fakta yang sebenar. Seperti yang telah Ida ceritakan di bahagian satu, kawasan banglo yang diberi jolokan Villa Nabila ini kepunyaan seorang lelaki cina. Sejauh mana kebenaran 'berhantunya' wallahualam. Tetapi Pakcik tu kasi tahu semasa beliau menjadi tukang kebun di villa tersebut walaupun keadaan villa tu masih cantik suasana memang agak menyeramkan mungkin kerana terlalu besar dan luas, sungguhpun begitu Pakcik tu tidak pernah menemui apa-apa yang ganjil di dalam.

Ok...jom layan sambungan gambar yang menyeramkan semalam.



Gambar yang  telah Ida zoom... setakat ini apa anggapan anda?



Jom kita layan lagi pandangan dari atas villa tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri lembaga tersebut



^

^

^

^

^

^







^

^

^

^

^

^

^










Dan akhirnya inilah jawapan yang kita nanti-nantikan.....





Persoalannya siapakah mereka ini?

  • Penunggu Villa? Lelaki ni datang untuk memberi makanan?
  • Pasangan Kekasih ingin memadu asmara? Jika benar kenapa di kolam renang? Bukankah di dalam villa lebih selesa dan tertutup?
  • Lembaga hitam tersebut duduk dengan selesa di atas saluran paip. Perhatikan kakinya yang seakan mencengkam saluran paip tersebut.
  • Jika zoom gambar ini, pakaian lembaga wanita ini agak pelik, dia bukan memakai tudung tetapi memakai net/jaring berwarna hitam, mahukah wanita biasa memakainya?
  • Orang gila? Dan lelaki tersebut adalah penjaganya - datang untuk memberinya makanan?
  • Seandainya orang gila maka tamatlah segala prasangka orang ramai yang menyatakan villa ini berhantu, kelibat yang mereka nampak adalah orang gila ini. - Wallahualam.







6 comments:

Mana Ida dapat gambar-gambar ni ya?

21 November 2013 at 18:04 comment-delete

Tak rasa ni kekasih memadu asrama dan sebagainya yang berkaitan, sebab image berpakaian hitam tu tak bergerak atau menoleh.
Paling logik, yang boleh terima akal, mungkin orang gila, orang gila dia tak kisah pun dia berpakaian atau tak etc etc
Just be positive, husnuzon. Allah lebih mengetahui :)

21 November 2013 at 21:42 comment-delete

Cikgu boleh baca di PT 1 - Ringkasnya seorang Pakcik kawan sekerja emak ida yang kasi...anak dia yang menjelajah sendiri ingin menafikan villa ini berhantu. Baru pertama kali gambar ini di publishkan di sini.

21 November 2013 at 21:57 comment-delete

Yup Ika... kak ida rasa pun mungkin orang gila...so cakap2 orang yang kata villa ni berhantu... rasanya kurang sket nak percaya hehehe. Mungkin kelibat orang gila ini yang mereka dakwa berhantu.

21 November 2013 at 21:59 comment-delete

Jangan2 Mak Lampir tak ida..hihihi...next!! Mengikut tafsiran PTG, adengan itu mungkin adalah watak seorang jurukamera sedang mengarahkah modelnya utk sesi fotografi...atau pun watak2 golongan mereka yg ingin mendapatkan issue sensasi dgn mengekploitasi dari ke-popularan cerita dari bungalow tersebut'. Wallahua'lam Bishowaf'. -PTG-

21 November 2013 at 22:11 comment-delete

Cuba Ida Zoom...nampak kan ada sebuah camera disisi bwh kanan mereka...hehehe..kantoi!! Tak jadi lah PTG nak kesana...Ida pun dah cerita everything all out kat sini...anyway's thank a lot diatas info yg Ida berikan'. Sejujurnya Ida memang best...next story please....

21 November 2013 at 22:16 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ