Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Villa Nabila : Dongeng Tetap Dongeng

Remaja berusia 16 tahun, Izzat Izzudin Hussin yang heboh diperkatakan kononnya disorok'makhluk halus' di Villa Nabila akhirnya ditemui selepas tengah malam tadi, 'menyorok' di rumah seorang rakannya di Flat Desa Mutiara JohorBahru. Kisah sebenar, kronologi bagaimana Izzat Izzudin ended up di Flat Desa Mutiara itu bakal mencalit tahi di muka para pejuang 'kebenaran hantu' yang sebenarnya dongeng semata-mata. Ia akan turut secara terang, secara jelas, tiada unsur mistik, tiada unsur yang hebat diperjuangkan di internet terhadap '23 orang' atau'22 orang' yang 'ghaib secara tiba tiba mahu pun tujuh orang yang kononnya dapat menyelamatkan diri'.

Dongeng tetap dongeng. Itu hakikat. Yang pasti, setakat kebenaran yang diperolehi tengah malam tadi, Izzat berada di rumah rakannya itu bukan diterbangkan oleh mana-mana makhluk halus, jin mahupun hantu raya. Ayah Ida seawal pagi tadi yg sama2 menyiasat kes ini hanya tersenyum melihat satu Malaysia telah melatah dan dan berkata jangan2 budak ni dah lepas ke singapore atau kuala lumpur dan jam 5 pagi ayah menerima panggilan dari pusat kawalan polis johor memberi tahu bahawa budak ini telah datang menyerahkan diri di balai polis Bandar Dato Onn selepas mendapat tahutentang kehilangannya heboh dikatakan dilaman sosial.

Gambar Izzat dan teman wanita yang diambil dari blog Mazidul Akmal Sidek




4 comments:

lorrr...

19 November 2013 at 11:26 comment-delete

Alhamdulillah..akhirnya terlerai segala teka teki..

19 November 2013 at 11:38 comment-delete

dia selamat pun dah syukur dah, lain kali jangan fikir yang merepek2 sangat, jangan kaitkan dengan perkara mistik :)

19 November 2013 at 11:54 comment-delete

Cerita rekaan yang heboh, nampak sensasi, tetapi berakhir dengan kesudahan yang sia-sia. Hurmmm

19 November 2013 at 16:09 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ