Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Villa Nabila : Kronologi Kes Kehilangan Remaja

Villa Nabila : Kronologi Kes Kehilangan Remaja

1. 17/11/2013 @ 1.10 pagi - Ibu mangsa membuat aduan di Balai Polis Majidee, Johor berkaitan anaknya keluar rumah tak balik bernama Mohamad Izzat Izzudin Bin Hussin, umur 16 Tahun bersama rakan ke Bandaraya Johor Bahru.

2. 17/11/2013 @ 6.00 pagi - Ibu mangsa mendapati anaknya masih belum pulang dan beliau menghubungi rakan-rakan anaknya tetapi mereka semua tidak tahu.

3. 17/11/2013 @ 7.30 malam - Seorang rakan mangsa bernama Fatin memberi tahu Ibu mangsa, bahawa anaknya telah masuk ke Villa Nabila berhadapan Country Garden, Danga Bay.

4. Tindakkan yang dilakukan:

  • Sebelum Ibu mangsa buat report polis, beliau telah masuk ke rumah Villa Nabila tersebut untuk mencari anaknya tetapi tidak jumpa.
  • Gerakan mencari telah dibuat dan diperluaskan dengan melibatkan Polis, Bomba dan K9 (Dog Unit). Setelah pemeriksaan berulang-ulang dilakukan sekitar kawasan berkenaan gagal menjumpai sesiapa.
  • Kawasan Villa Nabila luasnya lebih kurang 4 kali padang bola dan ada 3 buah rumah tinggal, kosong dan usang. Disekitarnya terdapat hutan dan belukar serta muka bumi cerun berbukit.
  • Ustaz dan bomoh juga telah datang ke tempat kejadian untuk menbantu.
  • Sehingga kini tiada sebarang keterangan yang mengesahkan anak pengadu masuk dan tidak keluar dari kawasan berkenaan dan maklumat hanya berkisar sekadar hearsay di kalangan orang ramai dan ada yang menyatakan terdengar suara budak-budak dalam rumah berkenaan tetapi tiada menjumpai sesiapa di dalamnya.
  • Maklumat hearsay juga menyatakan terdapat lebih kurang 15-20 orang budak remaja memasuki ke kawasan tersebut pada 16/11/2013 pada waktu malam.
  • Memandangkan kenderaan pasukan bomba dan polis diletakkan ditepi jalan berhampiran kawasan berkenaan telah menarik minat perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut dan turut berkumpul untuk mengetahui cerita sebenar.
  • Anggota Polis Trafik juga telah di arahkan mengawal kesesakan lalulintas dan banyak kenderaan telah dikenakan tindakan saman bagi meredakan kesesakan.
  • Sehingga kini kes masih lagi di siasat di bawah orang hilang. 
Villa Nabila : Kronologi Kes Kehilangan Remaja
Mohamad Izzat Izzudin


Baca PT 2 Di sini ( Klik )



5 comments:

Susah utk analisa issue ni kan. Agak pelik. Namun tak mustahil perkara ini blh berlaku....angkernyerr....

18 November 2013 at 21:03 comment-delete

pelik juga...

18 November 2013 at 22:47 comment-delete

semoga ditemui remaja yang hilang....

19 November 2013 at 01:49 comment-delete

Aptb

19 November 2013 at 06:30 comment-delete

Dah popular muka budak lelaki ni, masuk dalam TV, kecoh di laman sosial. hehe.

19 November 2013 at 16:16 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ