Benarkah Taufan Haiyan Ada Kaitan Dengan Meruntuhkan Masjid??
Shahrizal Azwan Bin Samsudin
Manager at Telaga Intan Construction · Options for this story
Saya melihat dengan tidak percaya tentang penyebaran di Facebook ttg kaitan taufan Haiyan dan kaitannya dgn runtuhan masjid di Manila, tarikh 26 hb, bala Allah dan sebagainya. Penyebaran ini mengundang salah faham kepada umum dan menyukarkan tugas menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
1. Semasa Acheh, sebuah daerah Islam 99% ditimpa tsunami, sewaktu orang islam saling tuduh menuduh apa kejahatan yang ditimpakan ke atas orang Islam Acheh, tim bantuan Kristian telah sampai dahulu ke bumi untuk membantu umat Islam. Mereka banyak membantu dalam kerja kerja awal. Ternyata tim mereka lebih tersusun dan mantap.
2. Pernahkah terbayang sekiranya perkara yang sama berlaku di Malaysia, umat islam luar negara berkata perkara yang sama. Orang Malaysia ni terkena taufan akibat runtuhan masjid atau bergaduh sesama islam. Ini adalah bala Allah. Ketika itu tiada yg mahu menghulurkan bantuan kerana kononnya tidak mahu mencampuri kawasan yang Allah turunkan bala ke atas mereka. Apakah perasaan kita ketika itu.
3. Mentaliti menghukum oleh orang Islam ke atas orang lain terutama mereka yang ditimpa ujian Allah sangatlah menebal di kalangan kita. Di kalangan mereka yang terkena muhibah di sana adalah orang Islam juga. Sekiranya mereka bukan islam pun bukan kah Allah berkata bahawa menyelamatkan nyawa seseorang itu seperti menyelamatkan seluruh manusia. Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan bentuk utk kita saling mengenali dan saling bantu membantu.
4. Apakah tidak ada sifat belas kasihan sesama manusia yang ditimpa musibah. Sedangkan haiwan pun kita terasa kesusahan dan kesakitan nya, inikan pula mereka adalah saudara kita sesama manusia. Adakah tidak ada peluang dan ruang untuk kita melembutkan hati hati mereka ke jalan yang lurus dan jalan yang di redhai. Ingatan utk para pendakwah bahawa di waktu inilah kita tunjukkan bahawa Islam itu indah, islam itu rahmatan Lil alamin, islam itu adalah jalan ikutan semua.
Semoga Allah melorongkan hati kita utk membuat kerja kerja amal dan sadaqah jariah. Amin.
5 comments:
Terlalu bersikap negative dan judgemental, itu masalahnya. Tak salah kita membantu, jangan sampai satu hari nanti kita dalam kesusahan takde sesiapa pula nak bantu. Masa tu tak boleh nak blame sesiapa dah, sebab sikap kita sendiri yang bersangka buruk.
Bantulah apa yang mampu, insyaAllah ganjarannya ada daripada Allah swt.
Betullah. Ada juga terdengar tentang ini. Tapi, semuanya tak boleh dipercayai seratus-peratus. setuju dengan Komen Ika kat atas. :)
betul lah, Allah bagi bala kepada yg runtuhkan masjid, Allah mahaa tahu dan tak buta, tak kan dia biarkan masjid dibakar dan diroboh. soal bantuan, kita sebagai Islam tetap sedia hulurkan bantuan kepada yg ditimpa musibah. Kalau team kristian tersusun, kenapa ustaz tak susun je team islam, ni contohi kristian, seolah-olah islam ni tak tersusun. Bala urusan Allah, kita manusia tetap beri bantuan apa yg terdaya.
Meruntuhkan masjid tempat ibadat hamba Allah yang beriman yg mana terbinanya masjid tersebut tidak memudaratkan mahluk Allah yg lain bukan alas an. Sedangkan proses meruntuhkan masjid tersebut sudah mengorbankan tiga orang umat Islam & tidak dinyatakan akan dibina masjid baru sebagai ganti. Sanggupkah hamba Allah tersbut menggadaikan nyawanya kalau sudah dijanjikan dibina masjid baru? Lupakah kita kenapa masjid Ar-Rahman di Acheh & beberapa masjid yg lain berdiri megah ketika Tsunami melanda? Kenapa Allah Swt nak buktikan bahawa rumahNya tetap utuh supaya kita mengambil iktibar dariNya. Merutuhkan masjid bukan atas alasan yg kukuh & hambaNYa tertindas & rasa teraniaya Allah Swt mabulkan doa mereka. Tunggulah azab Allah, sesunggohnya azab Allah amat pedih. Kenapa pula mahu mencontohi gerak kerja bantuan kemanusiaan lain sedangkan gerakan bantuan zaman Rasulallah jauh lebih tersusun & diberkati. MasyaAllah... betulkan pemikiran kita.
taufan ni paling kuat di dunia kan... ada gk baca taufan ni adalah bala akibat dorang runtuhkan masjid.. tiga org yg mempertahankan masid ni pun mati...
Post a Comment