Villa Nabila : Kronologi Kes Kehilangan Remaja PT 2
Sila baca PT 1 di sini ---> Villa Nabila : Kronologi Kes Kehilangan Remaja
- Remaja tersebut (Mohamad Izzat Izzuddin Bin Hussin) memang hilang tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai bukan hilang di kawasan Villa Nabila.
- Memang mereka ada pergi ke Villa Nabila. Mereka adalah sekumpulan budak-budak nakal yang kononnya ingin mencipta nama dengan mencari hantu. Mereka memang kaki mencari hantu dan selalu pergi ke tanah perkuburan Mahmodiah, Kemayan City dan lain-lain tempat yang dikatakan berhantu.
- Menurut sumber selepas mereka masuk ke Villa Nabila, kesemua mereka telah keluar ikut jalan belakang menuju ke jalan Straits View / Taman Nong Chik.
- Apabila keluar dari situ, tiba-tiba seramai 7 orang di antara mereka telah kerasukan dan mereka dengan bantuan orang ramai telah dihantar ke rumah Pak Imam Masjid Air Molek dan lepak di masjid sampai pagi. Sebahagian lagi terus lepak di Steamboat, Dataran Bandaraya dan tidak dapat dikesan lagi. Yang dapat balik ni mereka berjanji mereka akan berjumpa lagi lepas subuh. Dan seorang daripada kawan mereka telah disahkan hilang.
- Menurut sumber, ada salah seorang budak perempuan telah di bawah balik ke rumah oleh abangnya tapi dalam perwatakan macam orang lain.
- Seorang sahaja yang masih belum di jumpai, pihak polis sudah pergi ke rumah mangsa tapi masih belum pulang dan rumah masih berkunci kerana keluarganya berada di kawasan Villa Nabila. Bermakna remaja tersebut masih hilang.
- Menurut sumber lain, remaja yang hilang ni telah pergi semula ke Villa Nabila kerana ingin mengambil sesuatu barang berbentuk tiga segi yang terletak ditangga selepas mereka berpisah. Sejauh mana kebenarannya wallahualam.
Gambar lokasi Villa Nabila dari Google Map
3 comments:
kecoh yer pasal villa ni
apa pulak barang bentuk tiga segi tu?
macam2 rumors pasal villa nabila and budak yang hilang tu
Baca kronologi ni, betul-betul banyak cerita yang direka-reka. Pelik betul la. hehe.
Post a Comment