Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kisah Bagaimana Tudung Fareeda Mencipta Nama

Kisah Bagaimana Tudung Fareeda Mencipta Nama
Butik Fareeda

Jika saudara melalui kedai butik Fareeda dimana-mana, kemungkinan besar saudara melihat ramai wanita beratur panjang untuk membeli produksyarikat tersebut. Jadi bagaimana seorang suri rumah boleh menjadi seorang usahawan berjaya dengan hasil jualan hampir RM20juta pada tahun 2012?

Cerita yang menarik ini bermula apabila seorang suri rumah bernama Faridah Zakaria ingin mengurangkan beban kewangan suami tersayang untuk menampung kos keluarga, beliau mula kecil-kecilan dengan membuat dan menjual pakaian dan langsir. Tetapi pada tahun 2006, beliau berasa susah hati apabila tidak mampu menjumpai tudung yang disukai, jadi beliau mula membuat tudung dengan tangan sendiri. Apabila beliau mula memakai tudung buatan sendiri, beberapa rakan dan kerabat keluarga mula menunjuk minat dengan gaya menarik tudung itu, dan mula membeli dari beliau.

Sekarang beliau mempunyai 130 pekerja,3 kedai dan 300 pengedar. Syarikat Fareeda berjaya menjual hampir 20,000 tudung setiap bulan terutamanya di cawangan Bangi,Selangor.

Harga tudung Fareeda bermula pada RM150 kerana syarikat tersebut import barang dari Korea Selatan untuk memastikan kualiti terbaik agar dapat bersaing dengan syarikat lain.

Kesimpulannya, walaupun beberapa pihak berasa perniagaan tudung atau pakaian tidak berapa menguntungkan, sebenarnya ia adalah peluang perniagaan besar kerana pengguna Malaysia yang dikira berpendapatan sederhana. Perbezaan antara syarikat Fareeda dengan syarikat pakaian lain adalah Puan Faridah Zakaria mengutamakan kualiti dan gaya yang menarik, dalam kata lain produk tudung yang lain daripada biasa, ini adalah kunci kejayaan beliau. Saya amat berbangga dengan cerita ‘rags to richest’ beliau, dan berharap perniagaan Fareeda boleh berkembang maju. - Sumber fb SSTMM

Kisah Bagaimana Tudung Fareeda Mencipta Nama


Nota Kaki: Jangan pula lepas ni ada pula yang buat fitnah ada najis yang disapukan ke tudung untuk ilmu hitam sebagai pelaris sudah lah... hehehehe



2 comments:

Oww, macam tu...

19 November 2013 at 16:37 comment-delete

Rezeki masing2 kn? Teringin nk jd mcm puan Faridah zakaria..jom ke blog sy pula..mamashahfiras.blogspot.com

15 March 2014 at 18:23 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ