Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Anugerah Pingat Ibrahim Sultan II Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor 2013

Surat panggilan raptai dari Istana

Surat tawaran

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Sejak semalam Ida dan keluarga berkampung di Muar Johor kerana ayahanda kesayangan Ida akan menerima Pingat Ibrahim Sultan II dari DYMM Sultan Johor yang akan berlangsung esok 23/11/2013 sempena Hari Keputeraan baginda. Anugerah pingat ni tidak lah membawa kepada gelaran Dato', Tan Sri atau sebagainya tetapi kami tetap bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pengurniaan ini. Bayangkan untuk tahun ini Baginda Sultan Johor hanya memperkenankan seramai 5 orang sahaja dari kakitangan PDRM seluruh Johor untuk dianugerahkan pingat... tak ke bertuah rasanya? Tahniah untuk ayah Ida, akhirnya penat lelah beliau dalam pasukan PDRM selama hampir 30 Tahun dihargai. Tiga tahun lepas, ayah juga ada menerima anugerah Pingat Bentara dari Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan di Istana Negara Kuala Lumpur, tetapi ketika itu Ida dan emak tidak dapat bersama beliau dan sekarang kami tidak mahu lagi melepaskan peluang ini.   


Semalam masa raptai, Ida tidak dapat masuk ke dalam Dewan Jubli Intan, Muar ni. Hanya jemputan sahaja dibenarkan masuk (ayah & emak). Sama juga dengan hari jadinya esok. Ida duduk di luar jer lah ;)


Sementara menunggu ayah yang sedang raptai, Ida berpeluang menyaksikan majlis raptai ketibaan DYMM Sultan Johor di luar. Jom Kita saksikan acara raptai perbarisan Askar Timbalan Setia Negeri Johor di bawah. Untungnya Negeri Johor kerana mempunyai  pasukan askar yang tersendiri, takde la nak menyusahkan Angkatan Tentera Malaysia kan...kan...hehehe



Hensem la abg askar yang kat depan ni




Sementara menunggu ayah, Ida makan2 dulu la hehe











3 comments:

alhamdulillah...congratulation kepada ayah Ida...bukan senang nak dapat pengiktirafan macam tu...

Regards,
-Strider-

22 November 2013 at 12:07 comment-delete

Terima kasih awak

22 November 2013 at 12:26 comment-delete

salam nak tanya. surat P.i.s tu sape punya ?

11 December 2013 at 18:13 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ