Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Masker Mayonis Baik Untuk Kulit Kering

Masker Mayonis Baik Untuk Kulit Kering


Kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk tampil kelihatan lebih cantik dan jelita. Kulit yang halus dan lembut merupakan syarat utama agar wanita mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Jika kulit kering dan tiba-tiba bermasalah, mereka sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memulihkannya, sehinggakan sanggup untuk menggunakan produk mahal.

Eh, sekejap. Mengapa anda perlu menghabiskan wang ringgit untuk membeli produk yang mahal jika anda hanya boleh menggunakan bahan semula jadi. Anda boleh menggunakan mayonis sebagai masker muka. Ya, betul. Anda tidak salah membacanya. Anda disarankan menggunakan masker mayonis untuk membuatkan kulit lebih halus dan lembut.

Adakah ianya berbahaya? Sudah tentu tidak. Mayonis diperbuat dari bahan semula jadi seperti telur, minyak zaitun dan air lemon. Semua bahan tersebut sangat baik untuk wajah.

Masker Mayonis Baik Untuk Kulit Kering


Cara menggunakannya:

1. Keluarkan mayonis dari peti sejuk dan biarkan dahulu untuk menormalkan suhunya

2. Ambil mayonis ikut kehendak anda untuk digunakan pada wajah anda

3. Sapukan mayonis pada wajah anda selama kira-kira 20 minit

4. Bilas dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala bersih

Selepas penggunaan, anda boleh merasakan kulit wajah anda yang halus dan lembut. Masker ini sangat bagus untuk orang yang mempunyai kulit normal dan kering. Dengan pemakaian yang teratur seminggu sekali, anda akan memilik kulit yang lembut dan anjal. Selamat mencuba! - Sumber


5 comments:

erkk. hebat gak rupanya mayonis ni.. haha

20 November 2013 at 10:49 comment-delete

cantik dan jimat.. hanya ambil darindapur aje kan..

20 November 2013 at 11:48 comment-delete

lorh yeke? tak pernah tahu pulak ni...

20 November 2013 at 17:03 comment-delete

Erkkk. nanti ada pula yang pergi makan muka orangg.

21 November 2013 at 02:34 comment-delete

Oh, ya ke. Macam hanyir je.

21 November 2013 at 18:21 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ