Villa Nabila : Lembaga Misteri Di Villa Nabila (PT 1)
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...
Terdapat sebuah kolam renang cantik berbentuk hati (love). Faktanya di sini (2) (Blog Mazidul Akmal Sidek)
Salam ceria rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...
Haha... masih belum habis untuk Ida bercerita pasal Villa Nabila. Tetapi cerita yang akan Ida paparkan ini adalah dari sudut berlainan yang pernah anda dengar dan baca. Gambar-gambar yang Ida paparkan di bawah juga adalah yang belum pernah di siarkan dimana-mana media sosial. Mungkin gambar-gambar yang anda lihat nanti adalah sama seperti mana yang pernah anda lihat di media sosial tetapi Ida tidak mencedoknya dari sana. Ini adalah gambar-gambar yang Ida terima dari seorang pakcik (pertama) kenalan emak Ida di JB. Gambar ini telah diambil oleh anaknya yang teringin untuk menjelajah di sebalik misteri Villa Nabila.
Sebelum itu, ini adalah fakta sebenar yang diceritakan oleh seorang kawan sekerja emak Ida juga bahawa kira-kira 40 tahun yang lalu suaminya pernah bekerja sebagai seorang driver maaf, bukan driver tetapi tukang kebun selama 1 tahun kepada sebuah keluarga Cina kaya raya yang banglonya terletak di persisiran pantai Lido/ Danga Bay. Ketika itu mereka belum berkahwin dan suami rakan sekerja emak Ida masih muda belia dalam 18 atau 20 tahun. Kemudian Pakcik (kedua) tu berhenti kerana mendapat tawaran kerja dengan sebuah bank di JB. Sekarang pakcik tu sudah pun besara. Apa yang pakcik tu ingat, kawasan banglo tersebut tersangat luas, mempunyai tiga buah banglo mewah di dalamnya dan mempunyai sebuah kolam renang yang cantik berbentuk hati (love). Lelaki Cina tersebut pernah memberitahu kepada pakcik bahawa banglo kedua dan ketiga di bina khas untuk dua orang anaknya. Ketika itu kedua-dua anak lelaki cina tersebut sedang belajar di luar negara iaitu Australia dan menetap di sana sehingga sekarang. Salah seorang anak perempuan lelaki cina itu bernama Christine dan nama itu terpahat di sebuah pintu gerbang jalan belakang villa menuju ke Jalan Strait View. Yang menjadi tanda tanya bagaimana boleh mendapat jolokan Villa Nabila?
Keluasan Villa Nabila melalui google map |
Apakah Villa Nabila ini sudah wujud dahulu dan kemudian lelaki cina tersebut membelinya? Apakah cerita Villa Nabila ini sudah wujud lebih awal dari 40 tahun? Dan berbagai-bagai versi cerita yang kita dengar, kononnya di villa ini terdapat satu kes pembunuhan seorang budak perempuan bernama Nabila oleh seorang pembantu rumah yang tamak. Di satu versi lain budak perempuan itu telah dibunuh pula oleh abangnya dan berbagai-bagai versi lagi. Jika benar perkara ini berlaku dimanakah terletaknya villa tersebut?
Ida tidak meragui apa yang isteri pakcik tu cerita kepada emak Ida kerana mengikut kata pakcik tersebut kawasan villa tersebut tersangat luas. Faktanya di sini (1)
Kawasan Villa Nabila luasnya lebih kurang 4 kali padang bola dan ada 3 buah rumah tinggal, kosong dan usang. Disekitarnya terdapat hutan dan belukar serta muka bumi cerun berbukit.
Terdapat sebuah kolam renang cantik berbentuk hati (love). Faktanya di sini (2) (Blog Mazidul Akmal Sidek)
Gambar kolam renang ini di ambil dari blog mazidulakmal.com |
Lelaki Cina tersebut pernah memberitahu kepada pakcik bahawa banglo kedua dan ketiga di bina khas untuk dua orang anaknya. Ketika itu kedua-dua anak lelaki cina tersebut sedang belajar di luar negara iaitu Australia. Salah seorang anak perempuan lelaki cina itu bernama Christine dan nama Christine itu terukir di pintu gerbang masuk (belakang) melalui jalan Strait View. Faktanya di sini (3) - Baca kisah versi 5
Dan akhir sekali Villa Nabila sebenarnya dimiliki oleh seorang lelaki cina yang kaya raya. Fakta di sini (4) - Baca kisah versi 6. Walaupun mereka menyatakan versi 6 ini tidak masuk akal tetapi Ida lebih percayakan kepada Pakcik di atas. Kerana semuanya ada bersangkut-paut di dalam pengalaman pakcik semasa bekerja di Villa tersebut.
Ok jom layan gambar-gambar yang disumbangkan oleh pakcik (pertama) di dalam pengembaraan anaknya menjelajah kawasan Villa Nabila dimana ada rahsia yang tersembunyi di kawasan kolam renang berbentuk hati (love)... eeee Ida dah seram... perhatikan baik-baik apa yang ada dikolam renang tersebut yang terakam di dalam kameranya. Nantinya ceritanya di PT 2 malam esok...hehe. Kepada rakan-rakan blogger Ida memohon maaf kerana dalam masa 2-3 hari ini Ida tidak dapat melawat blog anda. Terlalu sibuk sangat dengan aktiviti luar universiti. Entry-entry yang Ida masukkan hanyalah berupa auto publish. Terima kasih Ida ucapkan kerana anda masih setia berkunjung ke blog Ida, inshaAllah jika ada masa di hujung minggu Ida akan membalasnya.
Sebelum ini Ida pernah membuat entry Penampakkan Makhluk Ganjil Di Atas Pokok baca di sini (klik)
Update 20/11/2013 Jam 1335hrs
Untuk makluman lelaki cina tersebut memang teramat kaya, selain mempunyai kawasan banglo Villa Nabila yang luas itu beliau juga mempunyai bangunan bernama "Christine Palace" di Johor Bahru. Lelaki cina ini bekerja sebagai manager sebuah bank di Singapore. Tetapi sayang apabila beliau meninggal dunia, tiada mempunyai waris terdekat melainkan dua orang anak yang sekarang sudah menetap dan menjadi warganegara Australia. Sebab tu villa tu terbiar sehingga sekarang.
Ok jom layan gambar-gambar yang disumbangkan oleh pakcik (pertama) di dalam pengembaraan anaknya menjelajah kawasan Villa Nabila dimana ada rahsia yang tersembunyi di kawasan kolam renang berbentuk hati (love)... eeee Ida dah seram... perhatikan baik-baik apa yang ada dikolam renang tersebut yang terakam di dalam kameranya. Nantinya ceritanya di PT 2 malam esok...hehe. Kepada rakan-rakan blogger Ida memohon maaf kerana dalam masa 2-3 hari ini Ida tidak dapat melawat blog anda. Terlalu sibuk sangat dengan aktiviti luar universiti. Entry-entry yang Ida masukkan hanyalah berupa auto publish. Terima kasih Ida ucapkan kerana anda masih setia berkunjung ke blog Ida, inshaAllah jika ada masa di hujung minggu Ida akan membalasnya.
Sebuah banglo yang berjiran dengan Villa Nabila |
Pemandangan dari atas Villa menghala ke Selat Teberau sungguh menarik |
Jom lihat apa yang ada di kolam renang ini?
Ok... Ida zoomkan sedikit
Nantikan cerita Ida (PT 2).... Tungguuuuu
Update 20/11/2013 Jam 1335hrs
Untuk makluman lelaki cina tersebut memang teramat kaya, selain mempunyai kawasan banglo Villa Nabila yang luas itu beliau juga mempunyai bangunan bernama "Christine Palace" di Johor Bahru. Lelaki cina ini bekerja sebagai manager sebuah bank di Singapore. Tetapi sayang apabila beliau meninggal dunia, tiada mempunyai waris terdekat melainkan dua orang anak yang sekarang sudah menetap dan menjadi warganegara Australia. Sebab tu villa tu terbiar sehingga sekarang.
15 comments:
Seram giler gambar last...
ish apa dia tu. sy dahlah tengah zoom sbb tak perasan lagi benda tu. >.<
ait? bila zoom baru ada. seram plak dh.huhu
seram
seram betul.. macam mana ada yang berani datang situ?
Betul tu kak aiza, bila naluri ingin tahu mengatasi segala, perasaan takut semua hilang. Utk pengetahuan anak pakcik ni perempuan, telah masuk kws villa ni bersama 3 orang rakan2nya. Beliau kasi gambar ni pada ida dgn syarat gambar mereka tidak dimasukkan dlm blog.
gambar last tu budak kecik perempuan berambut panjang ke? tapi bahagian belakang badan kan?
Ntah la Ika... nanti sambungannya PT 2
Saya nak balik JB 4hb-12hb ni...nanti sy pun nak kesana ambik gambar tgok dari dekat...tapi kawasan bungalow tu boleh masuk lagi ke Ida? dengar nak ditutup dah...betul ker??
Ida, bungalow tu dekat tak dgn english college? sy pernah traning kat EC tu dulu tahun 1993...
Yup menurut kata ayah pintunya dah ditutup dgn zink...tp boleh masuk curi2 kot hehe...
Eh English Collage tu kat dataran tempat JDT team trainning, berhampiran MAWAR dan sekolah SETA. Villa ni betul2 depan kawasan Danga Bay. Tahu tak restoran Singgah Selalu? Atau simpang nak masuk istana bukit serene? Berhampiran dengan situ laaa...
Wah, koleksi gambar Ida lebih banyak ya. Memang seram juga kalau nak masuk.
oic...ok thank's Cik Ida ku...sejujurnya...
Kita g sana sama2 nak Ida? Lps tu kita g la makan kat situ borak2...amacam? ada bran?? huhuhu...next!!
Post a Comment