Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pasukan Piala Dunia Yang Dibenarkan Melakukan Hubungan Seks




Semestinya tekanan semakin memuncak dengan persaingan sengit di Piala Dunia. Cara kegemaran pemain bola sepak kurangkan tekanan semestinya dengan bermesra dengan pasangan masing-masing.

Namun pernah menjadi tajuk akhbar apabila pasukan bola sepak tidak dibenarkan lakukan hubungan ranjang kerana takut “posisi tertentu” mungkin menyebabkan mereka tercedera dan tidak boleh bermain.

Kali ini kita himpunkan polisi “seks” beberapa pasukan bola sepak terkemuka di dunia sempena Piala Dunia ini.


Brazil

Luiz Felipe Scolari membenarkan pasukan beliau berhubungan intim tetapi jangan lakukan posisi akrobatik. Ha, kalau teman wanita anda penggemar yoga, janganlah pula sibuk cuba posisi yoga di ranjang. Nanti terkehel ke apa dah hilang seorang striker.

Scolari pernah berkata bahawa pemain beliau dibenarkan seks biasa sahaja semasa Piala Dunia.


Costa Rica

Pemain Costa Rica pula hanya boleh nikmati seks setelah berjaya ke pusingan akhir. Arahan Jose Luis Pinto ini nampaknya berguna kerana Costa Rica semakin bersemangat bermain.


England

Bila-bila pun boleh jalan. Maksud saya, mereka dibenarkan intim dengan pasangan masing-masing.


Perancis

Pasukan Perancis juga dibenarkan sebegitu. Menurut coach Didier Deschamps jangan melampaui batas sudah.


Jerman

Jangan satu malam sebelum perlawanan sahaja syarat yang diberikan. Masa lain tidak mengapa jika ingin hubungan seks.


Belanda

Coach Louis van Gaal memang beri lampu hijau hubungan seks kerana percaya ia akan menceriakan dan memberi semangat kepada pasukan beliau. Sporting sungguh coach seorang ini. Patutlah Belanda boleh belasah Sepanyol.


1 comments:

ah seks itu melemahkan otak saja kalau berlebihan

26 June 2014 at 18:26 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ