Boleh Lepas Road Block Kalau Guna Pelekat Kereta Pekida??
Sebuah laman facebook dikesan mengaut keuntungan mudah dengan menjual pelekat cukai jalan kereta dengan logo Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa.
Ia juga dikatakan dapat membantu apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kaum Cina dan boleh digunakan tidak kira sama ada oleh ahli mahu pun bukan ahli Pekida.
Perbuatan pemilik Facebook ini mendapat kecaman ahli Pekida yang meninggalkan komen di Facebook terbabit. Ia didakwa memberikan imej negatif kepada pertubuhan namun teguran tersebut nampaknya tidak memberi kesan.
Buktinya, dalam satu pos baru admin page Facebook ini mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli pelekat yang dijualnya dan akan memaklumkan jika ada pelekat baru. Nampak gaya, perbuatan tidak bertanggung jawab ini perlu disiasat segera kerana nyata ia menipu orang ramai.
Secara logik, mana mungkin kesalahan trafik boleh dipandang sebelah mata semata-mata kerana sekeping pelekat mewakili pertubuhan tertentu bukan??? -Sumber Kulaan Niring
1 comments:
Assalamualaikum...
Ini semua kes nak melaga-lagakan orang. Jika benar menyokong kerajaan yang telah memperkenalkan konsep "!Malaysia" sejak sekian lama, kena perlu ada perbezaan cina DAP atau tidak...? apa bezanya dengan Cina MCA..? Apakah Cina MCA sangat sayang pada Melayu dan akan melindungi Melayu apabila kesusahan..? Ini adalah sikap "double standart".
Jika nak bangkitkan kekuatan bangsa sendiri, usah menanam rasa kebencian pada kaum atau agama lain tak kira dari aapa jua fahaman politik mereka... Lebih baik fokuskan kepada memperkasakan bangsa sendiri melalui pengusaan ilmu dan ekonomi. Dan jika berkaitan dengan ekonomi, ia tidak bermakna hanya sebilangan Melayu yang memonopoli sesuatu bidang, ia lebih kepada kenikmatan ekonomi dan kuasa yang dikongsi bersama oleh saudara seagama dengan kita...
Post a Comment