Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Akhirnya Pusat Amal Tahfiz Kedah Diarah Tutup

Akhirnya Pusat Amal Tahfiz Kedah Diarah Tutup


AKHIRNYA TUTUP JUGA PUSAT TAHFIZ AMAL YANG PENIPU... TAUKEHNYA YANG KUAT MENIPU TU, BILA PULAK NAK DITANGKAP DAN DIDAKWA?

Sekarang ni memang ler tak berbunyi lagi. Maklumlah semua orang tahu tentang Pusat Amal Tahfiz yang terletak di Yan, Kedah dan dikendalikan untuk menipu masyarakat dengan memperhambakan remaja untuk mengutip derma bagi membiayai kehidupan mewah taukehnya yang bernama AZHAR WAHAB atau SM AMIN.

Tunggulah tiga empat tahun lagi. Akan kedengaranlah tuduhan kononnya, Kerajaan pimpinan Mukhriz Mahathir telah mengarahkan Majlis Agama Islam Kedah untuk mengambil tindakan, menyita dan mengarahkan pusat tahfiz tersebut ditutup. Konon-kononnya Mukhriz Mahathir, dan Kerajaan Malaysia cuba menghalang penyebaran pendidikan agama menerusi pusat tahfiz seperti Pusat Amal Tahfiz.

Sekarang ni memanglah tidak berbunyi lagi.

Apa-apa pun, tindakan segera yang ditunjukkan oleh Majlis Agama Islam Kedah, merupakan satu perkara terpuji. Cukup-cukuplah MANUSIA seperti Azhar Wahab mempergunakan remaja-remaja yang telah dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengutip ilmu tetapi dijadikan oleh manusia bertopeng syaitan seperti Azhar Wahab untuk mengumpul derma untuk membiayai kehidupan mewahnya.

Sepatutnya Kementerian Wanita dan Kebajikan dan Sumber Manusia memulakan prosiding untuk mengheret MANUSIA ini ke penjara. Manusia yang tidak berhati perut dan hanya memikirkan tembolok sendiri itu, perlu menanggung daripada perbuatan kurang ajarnya yang menjadikan anak orang sebagai HAMBA SAHAYAnya.

Bila lagi tindakan akan diambil terhadap Azhar Wahab?


Akhirnya Pusat Amal Tahfiz Kedah Diarah Tutup




2 comments:

xknal pun siapa dia nie..:)

20 February 2014 at 11:38 comment-delete

menipu atas nama islam...tak selamat laa dunia dan akhirat...

Regards,
-Strider-

20 February 2014 at 12:04 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ