Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SUSPEK YANG MENYAMAR PEKERJA TNB UNTUK MEROMPAK TELAH DITANGKAP

SUSPEK YANG MENYAMAR PEKERJA TNB UNTUK MEROMPAK TELAH DITANGKAP


Polis Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu dan memberi maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek kes menyamar pekerja TNB yang bergiat aktif di sekitar daerah Perak Tengah sejak April 2013.

Suspek yang memakai pakaian menyerupai pekerja TNB memperdayakan mangsa yang terdiri daripada warga emas dengan memberi alasan mahu memeriksa suis di dalam rumah sebelum merompak mangsa.

Suspek dipercayai terlibat dengan kes menyamar pekerja TNB di Kg Selat, Bota Kanan, Batu 26 Jln Tronoh, Bota Kanan, Batu 14 1/4, Padang Marhum, Lambor Kanan , Kg Semangat 2, Titi Gantung Bota dan Batu 14 3/4, Teluk Bakong.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ