Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ISU MAHATHIR DAN KASSIM AHMAD - SATU PENCERAHAN (BAH PERTAMA)

ISU MAHATHIR DAN KASSIM AHMAD - SATU PENCERAHAN



1. Alam maya akhir-akhir ini sibuk memperkatakan tentang isu ini, tetapi kebanyakannya tidak tahu hujung pangkal dan hanya tahu "Kassim Ahmad Anti Hadith" "Tun Mahathir penyokong gerakan Anti Hadith".

2. Ya, kecewa tambahan pula dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani, malah Tan Sri Harussani beberapa kali jua menghentam Tun Dr Mahathir beberapa isu sebelum ini.

3. Jika benar Dr Kassim Ahmad seorang anti hadith dan diminta pihak JAKIM menyiasat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat siasatan ke atas kandungan ‘Seminar Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ yang berlangsung baru-baru ini.

4. Menurut salah seorang exco Kelab Che Det yang mengenali Dr Kassim Ahmad, beliau dulu pernah menganggap Dr. Kassim Ahmad sebagai anti-hadith, tapi sesudah mengkaji dengan lebih cermat (berdasarkan penulisan-penulisannya terkemudian) wujud justifikasi bahawa beliau bukan menolak hadith sepenuhnya dan tuduhan ini turut dinafikan olehnya.

5. Beliau mula mengenal tulisan beliau sejak seusia 14 tahun lagi apabila membaca buku tulisan ‘Hadis- Satu Penilaian Semula’ yang seorang abang admin (dia pensyarah matematik di Universiti Malaya, dia bukan orang agama dan bukan juga pengikut Dr. Kassim Ahmad) tinggalkan buku itu di kampung.

6. Beliau juga sudah membeli dan membaca buku memoir beliau ‘Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialisme kepada Islam’ beberapa tahun lalu.

7. Adakah saudara-saudara disini cukup membaca kesemua buku yang terkemudian itu? Dan tahukah buku beliau disekat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad malah pernah ditahan ISA di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan bagaimana pula orang boleh kata Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Kassim Ahmad??????

8. Menurut Tun Dr Mahathir, Dr Kassim Ahmad juga seorang idealis, walaupun beliau juga tidak berapa bersetuju dengan beberapa pandangan Dr Kassim Ahmad tetapi beliau tidak melabel seseorang itu dengan label Anti Hadith atau label label lain.

9. Dulu ketika Tun Dr Mahathir mengajak Ahmed Dinejad dari Iran untuk bercakap mengenai perpaduan Sunni dan Syiah adakah Tun Dr Mahathir menyokong Syiah? Tidak bukan? Tun Dr Mahathir seorang yang rasionalis, beliau bersifat terbuka, kalau ada yang salah pendapat, beliau lebih suka muzakarah WALAUPUN secara tertutup bagi mengelak permaslahan masyarakat yang lebih besar.

10. Tetapi fakta yang disembunyikan, Seminar tersebut sebenarnya bukan anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) tetapi ia hanya menjadi lokasi seminar sahaja dan mantan PM itu diberi penghormatan untuk merasmikannya. Ketua Jawatankuasa Penaja seminar tersebut ialah Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Hassan. Beliau ialah pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan), bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan dan sehingga kini masih menjadi ahli PKR yang mendukung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah menurut sumber, sepatutnya Nurul Izzah Anwar juga sepatutnya hadir dalam Seminar ini.

11. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memberi ucapan di dalam gereja, mengajak kepada pluralisme agama, malah Syiah lagi besar ancamannya dari Kassim Ahmad, kenapa tiada tindakan ? Malah ada seorang yang disanjung sebagai ulamak itu menghina Rasulullah dengan mempertikai kelahiran Rasulullah dan video masih tersebar sehingga kini, tapi kenapa tiada tindakan jua? Mereka lebih ramai pengikut berbanding Kassim Ahmad!

12. Itu bezanya ddengan orang yang bijak dan orang yang kurang cerdik, orang yang bijak dia sentiasa berfikir dan mengkaji pemikiran orang lain tak kira siapa. Malah orang yang benci Islam pun perlu dikaji pemikiran nya bukan menolak hanya kita berbeza pendapat!

13. Kalau Ahmad Deedat kaji bible dan buat forum mengkaji bible adakah bermakna kita menyokong Bible?

14. Syiah, Pluralisme Agama, Liberal ini lagi besar ancaman terhadap umat Islam hari ini. Jika ditanya SSTDMM, ya siasatan dan tindakan jika benar Dr Kassim bersalah dalam hal ini. Malah berdasarkan teks ucapan beliau dalam seminar baru-baru ini banyak juga yang saya ingin pertikai namun memerlukan pembacaan lebih lanjut dan akan kembali dengan bahagian seterusnya. - sumber fb page SSTDMM



2 comments:

Balik2 libatkan anwar.Boleh tak kalau terus ke point cerita.Kalau libat politik.Tak payah cerita.

Anonymous
21 February 2014 at 15:43 comment-delete

Ida. Dh terang2 dia hina. Cuba kalau anwar berada di situ. Kite org islam pegang 2 pkara. Alquran dn hadis. Kalu kata ulama mcm kasta paderi. Patut ke? Sorry entry ko kali nih nmpk xmenarik nk mmbaca.

Anonymous
21 February 2014 at 17:09 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ