Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Anak Tulis Sepucuk Surat Kepada Ibu Bapa Tahanan di Sweden

Anak Tulis Sepucuk Surat Kepada Ibu Bapa Tahanan di Sweden


STOCKHOLM 19 Feb -­ Perbicaraan pasangan Malaysia yang didakwa memukul tangan salah seorang anak mereka di Sweden bermula dengan pihak pembela mengeluarkan sepucuk surat di mahkamah yang ditulis oleh salah seorang anak mereka.

"Saya minta maaf, ianya bermula akibat perasaan marah saya," tulis Ammar, 12, anak kedua daripada empat anak pasangan pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolerasi dengan tekanan ketika diminta membantu urusan di rumah yang membuatkannya benci terhadap ibu bapanya.

Stahre berkata, Ammar seorang yang suka mendapat perhatian dan memperbesar-besarkan ceritanya.

Surat tersebut dibaca oleh Stahre di mahkamah.

"Ibu, saya sayang anda. Saya minta maaf, perasaan marah saya menimbulkan masalah ini. Sayang, Ammar. Sayang akan sentiasa menyayangi anda," baca Stahre.

Stahre turut menyerahkan satu komen yang dibuat oleh Ammar kepada rakan sekelasnya menerusi Skype, dimana kanak-kanak berusia 12 tahun itu menjelaskan bagaimana dia membenci ibu bapanya.

Anak Tulis Sepucuk Surat Kepada Ibu Bapa Tahanan di Sweden


Beliau berkata surat tersebut ditemui oleh pihak pendakwaan ketika membuat pemeriksaan di rumah tersebut tetapi enggan menyerahkannya sebagai bukti.

Pendakwa raya Anna Arnell menjelaskan bahawa surat tersebut tidak dirampas oleh pihak pendakwa kerana ia dianggap sebagai komunikasi peribadi di antara ahli keluarga.

Arnell berkata, demi kepentingan ketelusan, beliau telah mencatat nota mengenai surat itu yang membawa penemuan surat tersebut oleh pihak pembelaan.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Daerah Mattias Moller di kompleks mahkamah daerah di Solna di sini, bermula pukul 9.10 pagi waktu tempatan.

Azizul dan Shalwati yang memakai jaket kelihatan letih apabila dibawa masuk ke dalam kamar perbicaraan.

Mereka duduk di sisi peguam dan diberi fon telinga untuk mendengar terjemahan prosiding tersebut yang dikendalikan dalam bahasa Sweden.

Azizul diwakili oleh Jonas Tamm manakala peguam Timo Manninen bertindak sebagai peguam pemerhati untuk Kementerian Tourism Malaysia.

Turut hadir di mahkamah tersebut adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab dan Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Abdul Rahman.

Shalwati dan suaminya ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.


Baca perbicaraan hari kedua di sini - Saya Dipukul Lebih Seribu Kali Setahun


3 comments:

Moga segera berakhir..

19 February 2014 at 22:16 comment-delete

macam2 la budak2 zaman sekrang ni kan... kesian ibu bapa terpaksa naik turun mahkamah

20 February 2014 at 10:47 comment-delete

Dasar anak tak tau dek untung

Anonymous
22 February 2014 at 20:25 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ