Festival Memperingati Tengkorak Di Bolivia
Setiap tahun satu majlis bagi menghormati tengkorak diadakan oleh sekumpulan penganut agama Kristian Katolik di tanah perkuburan La Paz, Bolivia. Kira-kira 300 tengkorak diarak ke sebuah gereja kecil di tanah perkuburan di sini.
Sekumpulan penganut itu mendakwa tengkorak tersebut mempunyai kuasa ajaib. Tengkorak tersebut dipercayai boleh menolong mereka mendapatkan pekerjaan dan membantu pasukan bola sepak yang diminati memperoleh kemenangan.
Kalungan bunga turut diletakkan pada tengkorak itu pada majlis itu. Para penganut tersebut juga memperdengarkan muzik dan menyediakan hidangan makanan untuk tengkorak itu. Lima tahun lalu, seorang ketua biskop Kristian Katolik di negara ini pernah mengutuk majlis itu kerana ia dianggap bertentangan dengan agama tersebut.
1 comments:
Macam-macam ritual mereka ni kan.
Post a Comment