Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MENGENALI NEGARAWAN ULUNG TUN DR MAHATHIR MOHAMED




MENGENALI NEGARAWAN ULUNG TUN DR MAHATHIR MOHAMED

Sekiranya anda seorang rakyat yang prihatin dan sayangkan pemimpin anda, anda akan dapat membezakan watak setiap Perdana Menteri kita dari Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib Abdul Razak. Tidak perlu kempen PR, tak perlu puluhan strategis media, penasihat dan pengaruh blogger upahan, kita sendiri boleh menilai jenis pemimpin yang kita ada hari ini.

Perhatikan gerak tubuh Tun Mahathir. Sekiranya anda berpeluang bersalaman dengan Tun Mahathir, anda akan rasai tentangan mata Tun cuba untuk mengenali anda. Semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hinggalah sekarang selepas 13 tahun bersara, profail diri Tun Mahathir tidak pernah berubah. Dalam akhbar dan TV, Tun kelihatan begitu mesra, menyayangi rakyat dan orang sekeliling beliau. Beliau menatap muka setiap orang yang bersalaman sambil tersenyum tanda menghormati orang tersebut. Bezakan Tun Mahathir dengan beberapa pemimpin sekarang yang kelihatan tidak mengindahkan orang yang disalami sebaliknya memerhati tempat lain dan ada yang tersengeh-sengeh. Saya maksudkan ketika bersalaman dengan rakyat jelata bukan bersalaman dengan pembesar dan menteri.

Berbanding etika bekerja dalam bilik mesyuarat, Tun Mahathir sangat digeruni. Setiap rakan kabinet beliau perlu bersedia dengan lapuran kementerian masing-masing setiap mesyuarat. Setiap tindakan perlu diperincikan.

Itu lah sifat seorang pemimpin yang hebat: bertanggungjawab, berpandangan jauh dan sayangkan rakyatnya. Rakyat yang mengenali Tun Mahathir akan jatuh sayang, kasih dan hormat pada kehebatan dan aura pemimpin ini, tidak kira apa bangsa, keturunan dan negara sekalipun. Saya banyak melihat tangisan airmata rakyat negara asing yang begitu hormat dan kasihkan Tun Mahathir. Oleh kerana profail diri yang tidak pernah berubah, jadi, jangan lah kita risau yang Tun telah nyanyok atau lupa. Dia tetap Tun Dr Mahathir yang kita kenal, yang sentiasa mendahulukan kepentingan bumiputera, ketuanan Melayu dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

Ketika berucap Tun Mahathir lazimnya tidak memerlukan teks, kecuali ketika membentangkan laporan penting negara, Rancangan 5 tahun Malaysia, budget tahunan dan membentang kertaskerja persidangan.Tetapi ketika menanda tangani Deklarasi Rakyat yang lepas, Tun Mahathir telah merujuk kepada teks dan hanya membacakan teks yang telah disediakan tanpa mengulas lanjut. Jawapan-jawapan yang diberi kepada pertanyaan pemberita sangat spesifik dan pendek. Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir sangat fokus kepada satu objektif Deklarasi Rakyat tersebut demi menyelamatkan Malaysia, tanpa mahu menimbulkan isu-isu remeh yang lain.

Oleh yang demikian, janganlah kita khuatir bahawa Tun Mahathir telah berubah dan menyokong DAP atau pengamal LGBT apabila duduk semeja dengan pemimpin pembangkang. TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Muhammad S.A.W juga duduk bersama penentang dan pembangkang baginda di bawah Piagam Madinah. Bersyukurlah kita kerana Tun Mahathir mengikut sunnah Nabi. Yang penting ialah pemimpin Islam kita masih lagi dan akan terus memimpin negara ini. Itulah yang mahu Tun Mahathir lakukan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan kedaulatan negara agar rakyatnya tidak hidup dalam keperitan. Tentunya kita masih mahu terus dihormati oleh negara jiran yang lain.

Profail diri, prinsip dan kepercayaan Tun Mahathir tetap teguh dulu, kini dan selamanya. Percayalah kepada kematangan Tun Mahathir berpolitik. Percayalah pada integriti dan jatidiri Tun Mahathir yang kita kenal dan sayang. Ketika di penghujung umurnya ini, seorang pemimpin agung Islam yang amat dihormati oleh dunia Islam, negara Selatan-Selatan dan Negara Dunia ke3 dan digeruni oleh negara barat, Tun Mahathir tidak akan sekali-kali mengecewakan kita, umat islam dan bumiputera di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tun Mahathir tentunya mahu meninggalkan dunia ini dengan tenang dan aman ketika mengadap Penciptanya.

Malulah kita yang masih muda dan bertenaga kalau kita telah berpaling dan kecewa melihat keadaan negara kita ini dan menghina cerca Tun Mahathir pemimpin yang berpuluh tahun berbakti untuk negara. Bangkitlah bangsa ku, bukalah mata, lihatlah sekelilingmu. Apakah kita gembira dengan keadaan kita sekarang berbanding dahulu?

Marilah kita yakinkan diri dan mengajak saudara-mara dan handai taulan kita di kampung supaya yakin kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh negarawan ulung kita, Tun Mahathir. Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah Taala supaya usaha-usaha Tun Mahathir dalam wadah perjuangan parti baru diberkati Allah demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. Amin Ya Rabbul Alamin.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ