Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jual Blog Atau Jual Diri Anda?

Assalamualaikum wbt...

Pesanan dari seorang blogger popular - Jual blog anda, dan bukan diri anda. Ini adalah kerana ia lebih selamat dan boleh lindungi diri dari fitnah yang anda tidak sedari. Kadangkala orang dok menyampah juga bila tengok gambar diri anda sana sini dalam blog. (Klik dan baca selanjutnya di sini )

Termenung Ida dibuatnya. Pada awalnya bertingkat2 persoalan di dalam kepala Ida.


Jual Blog Bukan Jual Diri Anda!


Akhirnya Ida temukan jawapannya : Ingin menjadi blogger popular atau blog popular? Keputusan ditangan kita. 

Maksudnya kebanyakkan blogger suka bercerita soal diri sendiri  terutama di bahagian About Me. Jarang pula kita nampak blogger yang mahu memberikan info mengenai blog mereka. Bermakna kita lebih mempromosikan diri kita daripada blog kita. Ermmm entahlah...pada pendapat Ida, kita hanya mahu berkongsi cerita kehidupan seharian dengan teman2 yang lain dan bukannya bertujuan mahu menjual diri kita. 

Tapi bila fikirkan sekali lagi Ida juga sependapat dengan beliau iaitu : Saya bukan mahu popular, tetapi saya mahu blog saya yang popular dan dikenali. Kompius tak? hehehehe... whatever lah


17 comments:

blog asal perkongsian cerita, kisah dan penulisan peribadi
cuma kini dah banyak kategori blog kerana perkembangan blog itu sendiri
kalau blog popular, secara x langsung pemilik blog popular kecuali blog tersebut bukan blog peribadi :)
bg sop, jual penulisan. blog popular kerana penulisan yg dikongsi. plg popular ialah review dan pandangan. sbb itu pengiklan suka cari blogger yg pandai review produk :)
pendapat sop la yer :)

Sop
9 September 2013 at 23:46 comment-delete

terpulang la kan.. kalau ikutkan asal blog ni mcm online diary.. so, ikut suka hati la blogger tu nak cerita pasal apa asalkan tak menyentuh sensitiviti.. so, dengan mengatakan menjual diri tu sangat tidak patut.. kita amik contoh mudah, ben ashaari banyak menceritakan tentang anak dia.. adakah dia menjual anaknya? jadi jangan la menjadikan ini sebuah isu.. blogger terkenal sekarang, ramai yang bermula dengan'menjual diri' mereka sendiri..

CD
10 September 2013 at 00:12 comment-delete

bagi sy kite hanya cube memperkenalkan diri bukan semua orang pon kenal kite..kalau orang x kenal kite camner dye nak bace ape yang kite tulis....setiap orang punya kehendak cume terpulang cara macamane paling terbaek....samada kejar popular ataupon kejar perkongsian terbaik untuk blogger yang x jemu berkunjung...btol x??kalau salah tolong btolkan yea...sebab itu hanya pendapat sayalah...heehehh....

10 September 2013 at 03:37 comment-delete

jd mcm FL =) dua2 popular..tp tuannya rendah dri..mmg sy suka mcm 2..ape pn kita yg di bawah ni..cubalah mantain yg sepatutnya..

10 September 2013 at 05:48 comment-delete

he3..btol la 2 =) he3 tlong jawab..

10 September 2013 at 05:49 comment-delete

tuan tak glemer tak per..asal org knal blog kita..:)

10 September 2013 at 10:23 comment-delete

hai Ida mat pagi.
Rupanya dunia ini kecil belaka ya tak?

Saya tak sangka ketemu dengan kawan lama
dari Scripters dulu ...

Pasti Ida ada banyak cerita ni, kan ...?

Apa pun semoga sukses selalu.

Have A Nice Day ...

10 September 2013 at 10:36 comment-delete

akak suka berkenalan dengan rakan-rakan blogger.. sebab kalau di luar akak ni tak ramai kawan dan pendiam la juga kot.. akak suka berkongsi pendapat, informasi dan pengalaman.. akak juga suka membaca pengalaman dan informasi di blog orang lain.. tak semua orang ada pengalaman yang sama dengan kita.. soal jual diri tu akak tak pasti la pula.. hehe.. itu pendapat akak je..

10 September 2013 at 13:58 comment-delete

pada mama... ecewah... ni pandangan mama lah, bukan jual diri, dia cuma beritahu siapa dia disebalik blog itu.. mungkin, kita nak tahu siapa agaknya disebalik blog kan... mama baca je hasil entry mereka.. seronok sebenarnya baca kisah-kisah mereka... :)
mama macam kak aiza kot, beza mama banyak cakap kat luar... cuma mama takde kawan kat sini, jb asing pada mama, semua sahabat, rakan baik, saudara mara tiada di sini.... jadi bila bersama blogger termasuk ida, mama hepi!!..hihi

10 September 2013 at 15:21 comment-delete

kalau blog terkenal sekaligus ownerpun popularlah....cuma terpulang pada individu tentang apa yang nak dikongsikan ..

10 September 2013 at 16:56 comment-delete

kak erin takut popular..tp suka expose diri dan blog..hehe..ada blog pun xtau apa tujuan..

10 September 2013 at 19:44 comment-delete

Sama la Kak Mizz... ida pun mcm tu juga, tak ramai kawan di luar sbb bz memanjang hehe

10 September 2013 at 21:26 comment-delete

Betul 3X (tiru gaya upin ipin) hehehe

10 September 2013 at 21:27 comment-delete

Sama la mama.... kita takde tempat nak bercerita so kita bercerita dan berceloteh dalam blog daripada kita menjadi ahli mesyuarat tingkap di luar hehehe

10 September 2013 at 21:29 comment-delete

Ida lak tak takut jadi popular tapi nak popular tu memang susah bangat ;)

10 September 2013 at 21:31 comment-delete

Alhamdulillah En Somoon masih ingat pada ida ;)

10 September 2013 at 21:32 comment-delete

apa pun boleh

isi tabung save 22

10 September 2013 at 22:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ