Suasana Waktu Pagi Di Check Point BSI Ke Singapore
Assalamualaikum wbt...
Hari ini Ida ingin bercerita tentang suasana meriah di lokasi check point Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru (BSI) menghala ke Singapore pada jam 4.00 pagi setiap hari. Anda pernah pergi ke Singapore melalui jalan darat? Kalau pernah anda pasti akan melalui check point BSI ini untuk masuk ke Singapore melalui Tambak Johor.
Beginilah suasana di dalam bangunan BSI di waktu awal pagi pada setiap hari. Suasananya cukup meriah seperti musim perayaan di stesyen keretapi Kuala Lumpur atau di Hentian PuduRaya mahu pun di Hentian TBS. Mereka2 ini bukan pelancong tetapi adalah rakyat Malaysia yang bekerja mencari rezeki di Singapore.
Klik read more untuk gambar selanjutnya...
Dalam keadaan begini siapakah yang akan mengaut keuntungan, Singapore atau Malaysia? Fikir dan renungkanlah....
3 comments:
Wah ramainya orang...
Dah 13 tahun tak jejak kaki ke kota singa.
Memang ramai... begitu lah keadaannya pada setiap hari dan setiap pagi
Post a Comment