MISTERI PESAWAT MH370: EMPAT LAPORAN POLIS DITERIMA DI KELANTAN, SATU TERENGGANU
Sebenarnya rakyat Malaysia ni bukan nak menyebok tetapi adalah perihatin dan ingin membantu. Kita bukan ingin mencipta spekulasi demi spekulasi tetapi kita ingin memberi atau menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa. Kita akur maklumat dan siasatan kita hanya terhad dihujung jari manakala siasatan pihak berkuasa berdasarkan teknologi dan sains. Selain daripada berdoa, usaha juga amat penting, selebihnya kita berserahlah kepada yang Maha Kuasa pencipta alam semesta. #prayforMH370
EMPAT LAPORAN POLIS DITERIMA DI KELANTAN
Kota Baharu, 11 Mac - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.
"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.
Jalaluddin bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan kesemua laporan polis itu untuk siasatan lanjut kepada Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kelantan Saudi Yusof di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dilapor hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sementara itu, Ketua-Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Mohad Khazin Hamzah meminta nelayan yang melihat objek ganjil di kawasan perairan negara, supaya terus melaporkan kepada pihak berkuasa.
Sehingga kini terdapat sebanyak 1,788 bot nelayan kelas C dan C2 dari kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. - BERNAMA
Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.
Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.
Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.
"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.
"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
"Sehingga kini, kita serahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan susulan dan hanya menunggu arahan selanjutnya.
"Ini kerana pengadu mendakwa hanya terdengar bunyi letupan tetapi tidak nampak sebarang objek," katanya.
Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang.
Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing. - Mymetro
LOKASI yang dipercayai bunyi letupan kuat pada hari kehilangan pesawat MH370.
1 comments:
http://heliconia.wordpress.com/2014/03/11/skylab-highlighted-comments/
Post a Comment