Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan #MH370 Dengan Serangan Pemisah Uighurs Pulak??

Blog Misteri Cuba Kaitkan Kehilangan


Pengarang Mynewshub menerima sebuah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah nombor yang tidak dikenali memberitahu kewujudan sebuah blog yang mendedahkan mengenai siapakah dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport pihak lain, Sabtu lalu.

Blog yang menamakan dirinya Glodef (Global Defence And Security Research Centre – KLIK SINI ) memuat naik entri pertama semalam. Kemungkinan besar ia baru dibuka.

Tidak diketahui sama ada ia blog yang dibuka dari dalam Malaysia atau luar kerana menggunakan domain blogspot sahaja.

Apa pun, blog itu mendakwa, dua lelaki misteri yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport lelaki Itali dan Austria merupakan masyarakat Uighurs dari wilayah Xinjiang yang berjuang untuk memisahkan diri pemerintahan China dan mereka memang dikenali memiliki rupa paras menyamai masyarakat Eropah. KLIK SINI

“Mereka menempah tiket mereka menggunakan China Southern Airlines, mereka sudah pasti dapat melepasi pemeriksaan di lapangan terbang dengan mudah kerana memiliki rupa paras menyerupai lelaki pemegang pasport yang asal,” katanya.

Blog itu mendakwa, kehilangan MH370 mungkin berkaitan dengan serangan pemisah Uighurs yang menyerang stesen keretapi Kunming pada 2 Mac lalu yang menyaksikan 33 orang terbunuh manakala 140 lagi cedera.

Kehilangan penuh misteri MH370 menyebabkan ramai pakar penerbangan dunia melihat serangan pengganas sebagai salah satu aspek penting.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam awal Sabtu lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.

Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.

Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.- Sumber: Mynewshub


Baca juga di sini 

Misteri #MH370: Kerajaan Siasat lelaki Etnik Uighur





3 comments:

Antara hikmah dan iktibar kehilangan MH370 setakat ini ialah;

1. Sekurang-kurang manusia mahu berfikir dan kembali mengatakan hebatnya kuasa Allah walau pun untuk seketika!

2. Tentu ada segelintir manusia yang beriman akan bertambah keimanan mereka. Sedangkan orang beriman dan bertaqwa itu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan Allah sekali pun kakinya tertusuk duri di jalanan!

3. Mendorong manusia mengharap kepada kuasa Allah atau keajaiban dari Tuhan!

4. Di Malaysia khususnya, sekurang-kurangnya meredakan persengketaan politik yang semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan Allah.

5. Mengalih pandangan dunia terhadap kekalutan politik di Malaysia kepada suatu peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! Dengan peristiwa ini, seolah-olah dunia sedang diajak untuk mengenal Allah melalui Malaysia!

6. Isu politik, ekonomi, social dan bencana alam yang kian parah dari masa ke masa semacam terhenti seketika oleh satu babak menarik. Allah mahu mengajak manusia kembali kepadaNya untuk menyelesaikan semua masalah kehidupan yang sedang meruncing.

7. Sekiranya kehilangan pesawat ini terus ‘hilang’, barangkali ianya isyarat besar menjelang peristiwa yang sangat besar di akhir zaman.

8. Mungkinkah misteri ini akan menjadikan manusia yang bertuhankan akal mahu untuk tunduk kepada suatu kuasa roh oleh “Kerajaan Ajaib” yang ghaib?

9. Apa pun hikmahnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Di zaman Nabi Allah Nuh, Allah saw lakukan banjir besar di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 80 orang sahaja yang terus beriman dan makin kuat rasa bertuhan dalam diri mereka.

10. Tidak hairan jika peristiwa apa pun Tuhan lakukan, hanya segelintir manusia yang mahu kembali kepada Allah dikeranakan peristiwa tersebut.

Pesawat MH370 bukan sahaja telah pun menerbangkan seramai 227 penumpangnya lalu “hilang” tetapi diharapkan impaknya boleh pula membuatkan hati-hati manusia untuk terbang bertemu Tuhannya sehingga dunia ‘hilang’ dari hati mereka.

Anonymous
14 March 2014 at 13:22 comment-delete

Amin.

14 March 2014 at 22:06 comment-delete

banyak spekulasi mengenai kehilangannya.. hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya..

15 March 2014 at 09:33 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ