Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Semua Kru dan Penumpang MH370 Menjadi Fokus Baru Siasatan - PM




Sekarang baru kerajaan nak tumpukan kepada spekulasi yang telah dibuat oleh penyiasat persendirian ataupun para blogger... harap-harap masih belum terlambat...Pasti ada seseorang yang sedang ketawa melihat kekalutan kita semua...


Sepang - 15/3/2014: Senarai penumpang dan anak kapal pesawat MH370 menjadi fokus baru siasatan kerajaan Malaysia selepas penemuan beberapa data baru yang disahkan oleh beberapa penguatkuasa penerbangan.

"Berdasarkan perkembangan baru ini, pihak berkuasa Malaysia memfokuskan semula siasatan mereka kepada kru dan penumpang di dalam pesawat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media di KLIA petang ini.

Perdana menteri mendedahkan bahawa pesawat MH370 telah sengaja diterbangkan dalam arah yang berbeza.

Bagaimanapun, mengenai laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.

Beliau juga berkata peralatan komunikasi dalm pesawat Boeing 777 telah dimatikan.

Pengesahan itu adalah berdasarkan maklumat satelit.

Najib berkata operasi mencari dan mencari diteruskan , tetapi tidak lagi akan memberi tumpuan di Laut China Selatan.

Menurutnya, perhatian kini tertumpu kepada dua kawasan operasi di barat Semenanjung Malaysia - koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke sempadan Utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke Lautan selatan India.

Najib berkata, maklumat satelit baru telah memberi kesan penting terhadap keadaan dan skop operasi mencari.

"Kita menghentikan operasi di Laut China Selatan dan menilai semula penempatan aset kita. Kita sedang bekerjasama dengan negara-negara yang berkenaan untuk mendapatkan semua maklumat yang relevan dengan usaha mencari, termasuk data radar.

Turut hadir dalam sidang media tadi adalah duta besar China ke Malaysia, Huang Hui Kang.

Turut dilaporkan kelihatan adalah dua wakil dari kedutaan Russia dan duta besar Ukraine.

Kehadiran mereka dipercayai sebagai pihak berkepentingan kerana warganegara mereka turut tersenarai dalam senarai penumpang MH370.

Seramai 153 warga Cina, dua warga Ukraine, dan seorang warga Russia sebelum ini disenaraikan antara 227 penumpang yang menaiki MH370.

Selain itu, dua lelaki Iran turun dikesan menaiki penerbangan tersebut, masing-masing dengan pasport Austria dan Itali yang dicuri.



Baca di sini

Sepasukan Polis Tiba Di Tempat Kediaman Kapten Zaharie





1 comments:

sebelum ada keputusan yang betul kita tak boleh buat tuduhan melulu pada juruterbang..takut tuduhan kita tu salah..penat kita nak cari kat pdang mahsyar nnti nak minta maaf..

Anonymous
15 March 2014 at 21:45 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ