Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Misteri MH370: Kod Tango Sahkan Sabotaj?

Kod Tango Sahkan Sabotaj?



KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan. - Sinar





2 comments:

Semoga cepat diketemu kehilangan mh 370

13 March 2014 at 22:02 comment-delete

Hope the aircraft will be found soon =p

13 March 2014 at 23:23 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ