Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Tiada Bangkai, Serpihan Pesawat Di Lokasi Satelit China


Tiada Bangkai, Serpihan Pesawat Di Lokasi Satelit China

Tiada Bangkai, Serpihan Pesawat Di Lokasi Satelit China




LONDON 13 Mac - Stesen televisyen, BBC melaporkan, pesawat Vietnam yang membuat pemantauan di lokasi yang dikesan terdapat objek terapung oleh satelit China di Laut China Selatan tidak menemui sebarang bangkai atau serpihan pesawat. - Agensi



Berita terdahulu:

MH370: Vietnam hantar pesawat ke lokasi objek ditemui satelit China

PHU QUOC ISLAND, Vietnam 13 Mac - Vietnam menghantar pesawat untuk memeriksa semula kawasan di mana imej satelit China menunjukkan objek terapung di Laut China Selatan yang mungkin mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Pham Quy Tieu berkata, pihaknya telah menghantar pesawat untuk memeriksa kawaan tersebut sejak tiga hari lalu.

"Hari ini, pesawat (tentera) akan memeriksa kawasan itu sekali lagi," katanya. - Reuters



MH370: Pesawat APMM ke lokasi objek dikesan satelit China

KUALA LUMPUR 13 Mac - Pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah dikerahkan ke lokasi penemuan objek besar yang dikesan oleh satelit China di Laut China Selatan.

Menurut akaun Twitter pasukan komunikasi Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dikenali sebagai H20 Comms, pesawat Bombardier telah dihantar dengan segera untuk menyiasat dakwaan serpihan yang ditemui itu. - UTUSAN ONLINE


MH370: China tidak dapat sahkan kaitan imej satelit

BEIJING 13 Mac - Tidak ada bukti yang mengatakan bahawa objek yang terapung di Laut China Selatan seperti mana yang dilihat oleh imej satelit negara ini ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lalu.

"Satelit-satelit China menemui asap dan objek-objek terapung ... buat masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu," kata ketua penerbangan awam China, Li Jiaxiang kepada media, hari ini.

Beliau menambah, tiada bukti yang mengatakan pihak tentera Malaysia menyembunyikan maklumat tentang kehilangan pesawat tersebut. - REUTERS




Baca Juga Di sini:

Satelit China Temui Kawasan Disyaki MH370


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ