Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Minyak Penerbangan MH370 Cukup Selama 8 Jam Tanpa Henti




MH370: Berdasarkan maklumat, pesawat sepatutnya berada dalam radius tertentu


KUALA LUMPUR - 14/3/2014: Susulan misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dengan kod MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dilaporkan hilang pada awal 8 Mac, banyak maklumat yang telah diberikan, dari laporan media hingga pada sidang media rasmi oleh pihak berkuasa.

Jika pada mulanya situasi penuh huru-hara kerana kejadian seperti ini tidak pernah berlaku, ia boleh difahami. Namun, sudah satu minggu siasatan dan operasi SAR yang melibatkan 13 buah negara telah dijalankan, jadi semuanya sepatutnya lebih tersusun.

MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 tengah malam. Data yang diperolehi daripada radar awam dan tentera menunjukkan bahawa pesawat mula memasuki ruang udara Vietnam dan kemudian terputus hubungan radio pada 1:30 pagi, dan kemudiannya terputus hubungan radar pada 2:15 pagi 205 batu dari barat laut Pulau Pinang.

Dengan semua data yang diperolehi, kawasan SAR bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluaskan ke pantai barat Malaysia, khususnya Selat Melaka.

Kemudian, lebih banyak maklumat timbul. Menurut data yang dikeluarkan oleh Boeing, enjin pesawat MH370 telah terbang selama empat jam selepas putus hubungan radar di teluk Thailand. Ia selaras dengan pengesanan radar yang disahkan oleh sumber Pentagon yang tidak dinamakan.

Dengan semua maklumat yang terperinci yang kini diperolehi, ditambah dengan fakta bahawa pesawat itu mempunyai minyak yang cukup untuk menuju ke Beijing (penerbangan ke Beijing adalah sekitar 6 jam dan ini bermakna pesawat akan mempunyai minyak cukup untuk terbang selama 8 jam), ia adalah lebih mudah untuk menentukan kawasan SAR tertentu supaya pihak berkuasa boleh memberi fokus kepada zon tertentu agar peluang untuk menemui MH370 lebih tinggi.

Bukankah, sekiranya semua data ini diproses dan kemudiannya dilakar radius di mana MH370 mungkin berada, adalah lebih mudah untuk menghantar pasukan SAR ke kawasan berkenaan? - Astro Awani









0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ