Misteri #MH370: Pesawat Misteri Di Laut Andaman

Ini serius. .. ia tersasar dari laluan asal dan sekarang makin nyata hint2 sebelum ini wujudnya satu pesawat asing yang muncul sejurus kehilangan MH370... Semoga ini semua hanya spekulasi semata2.. .


Pesawat misteri di Laut Andaman



Sepang: "Kami melihat rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370,” kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, mengenai kehadiran satu pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada pagi kehilangan pesawat MAS, Sabtu lalu.

Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.

“Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti,” kata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentera sedang menganalisis semua maklumat berhubung kejadian.

Beliau berkata, tindakan memperluaskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dilaksanakan lebih awal berikutan pihaknya memerlukan kesahihan dengan membandingkan rekod radar penerbangan awam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjelaskan terdapat perbezaan antara radar utama dan radar kedua. 


Katanya, radar utama bagi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, gerakan SAR diperluaskan hingga 25,000 batu nautika ke Laut Andaman membabitkan 12 negara dengan penyertaan terbaru Jepun, India dan Brunei.

Beliau berkata, peluasan kawasan dari Laut China Selatan dan Selat Melaka itu berikutan wujud kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik. - myMetro


Baca juga di sini:



7 comments:

Semoga cepat jumpa. Insyallah

12 March 2014 at 23:45 comment-delete

Harap secepatnya jumpa pesawat ni..macam2 benda rasanya yang jadi sekarang ni..

13 March 2014 at 00:10 comment-delete

Yang peliknya orang2 besar ni sekejap kata ada... sekejap kata takde.. macam main silap mata lak

13 March 2014 at 00:12 comment-delete

Mcm chipsmore kan..kejap ada..kejap xda

Anonymous
13 March 2014 at 00:37 comment-delete

makin misteri lah plk..huhu

13 March 2014 at 11:05 comment-delete

harap2 cepatlah misteri kehilangan pesawat ni terungkai...

13 March 2014 at 17:23 comment-delete

Jom baca artikel baru :

Upin Ipin kongsi ratusan lukisan KHAS untuk Tragedi MH370

http://syokbah.com/upin-ipin-kongsi-ratusan-lukisan/

13 March 2014 at 21:38 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ