Tips Mencukur Alat Sulit Lelaki

Tips Mencukur Alat Sulit Lelaki



Beli trimmer untuk janggut atau rambut dan gunakan ia untuk trim bahagian pubik (bahagian atas kemaluan) sehingga panjangnya menjadi ¼“. Pendeknya rerambut ini memudahkan untuk mencukur kemudiannya. Rerambut yang panjang menyebabkan pecukur menjadi tersumbat dan merosakkan pencukur. Trimmer janggut adalah lebih baik berbanding gunting dan hasil potongannya adalah lebih nipis.


Biarkan rerambut yang sudah di-trim selama seminggu. Selepas kegatalan yang terhasil daripada pertumbuhan semula rerambut itu hilang, anda boleh mencukur rerambut yang tinggal dan pada waktu itu, kegatalan sudah tidak berulang lagi. Memang menjadi kebiasaan, mencukur atau men-trim rerambut buat pertama kali setelah melalui jangkamasa yang panjang akan menyebabkan kegatalan.

Elakkan!!! Daripada menggunakan pencukur elektrik pada skrotum (scrotum). Kulit skrotum adalah sangat nipis dan mudah dicapai oleh pencukur elektrik, dan sekiranya perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan kesakitan yang amat pedih.. Sekiranya anda rasa terpaksa juga menggunakannya, pastikan anda tidak menggunakannya pada bahagian tengah bawah penis kerana di situ merupakan kawasan yang amat pedih sekiranya terluka.

Pergi mandi. Mandi akan melembutkan rerambut.

Dapatkan posisi sesuai. Pastikan bilik yang anda gunakan adalah untuk tujuan peribadi dan terhindar dari orang ramai selama sekurang kurangnya sejam (atau seberapa lama anda rasa proses ini akan berlangsung). Bercukur bukanlah perkara yang perlu tergopoh gapah. Juga disarankan bercukur pada waktu tengah malam (bagi mengelakkan gangguan orang ramai)

Disarankan bercukur dalam keadaan duduk dalam tab mandi dan pastikan air adalah pada suhu biasa. Anda boleh mandi menggunakan air suam pada mulanya. Kemudian sekiranya hendak bercukur di bahagian skrotum, pastikan skrotum disejukkan terlebih dahulu dengan air sejuk supaya kulit menjadi tegang dan tidak melendut. Kulit yang tegang akan menjamin tidak berlakunya luka sewaktu bercukur.

Tips Mencukur Alat Sulit Lelaki


Sekiranya anda suka bercukur dalam keadaan berdiri, tiada masalah. Pastikan anda berdiri jauh dari air yang mengalir bagi mengelakkan krim pencukur (Gillette etc) dibasuh oleh air shower. Sepanjang waktu mencukur, pastikan bilah cukur dibasuh supaya menanggalkan rerambut yang tersangkut pada pencukur.

Sapukan/spraykan krim pencukur ke tempat yang hendak dicukur. Sekiranya kulit sensitif, gunakan krim yang sesuai untuk kulit sensitif seperti Krim Coochie. Elak dari menggunakan menthol (bahan kimia yang rasa sejuk) atau krim yang berbau sangat wangi kerana masing masing boleh merosakkan kulit menyebabkan kesakitan/kepedihan. Gunakan gel pencukur anti bakteria kerana ia boleh meminimakan kepedihan yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang masuk ke liang rambut (hair follicles). Ia juga berwarna lutsinar yang membolehkan kita melihat kawasan cukuran dengan lebih baik.

Dengan menggunakan pencukur 3 bilah atau 4 bilah, cukur setiap kawasan tanpa memberikan tekanan kepada kulit, sedikit demi sedikit. Perkara yang perlu diingat ialah pastikan kulit sentiasa tegang supaya mengelakkan luka pada kulit skrotum. Untuk mendapatkan hasil yang paling kemas dan lembut (tetapi menimbulkan lebih kegatalan selepas mencukur buat pertama kali), anda boleh menggunakan metod ‚against the grain‘ yang bermaksud bercukur dengan arah bertentangan daripada arah rambut bercambah. Ramai orang yang bercukur dengan arah percambahan rerambut untuk menipiskan rerambut tersebut kemudian mereka menggunakan metod ‚against the grain‘ bagi mendapatkan hasil yang licin. Banyak juga yang hanya bercukur pada arah percambahan rerambut sahaja tanpa metod ‚against the grain‘ kerana ia mengurangkan kegatalan. Metod ‚Against the grain‘ dikatakan menyebabkan razor bumps (bonjolan gatal) pada kawasan cukuran.

Tarik penis ke bawah, cukur dari hujung penis ke atas (pangkal)

Pegang penis ke tepi, cukur penis ke arah dalam dan ke arah skrotum

Pengang penis ke atas, cukur ke bawah dengan berhati hati dari penis ke sebelah bawah skrotum

Skrotum mesti dicukur dari bahagian tengah ke bahagian sisi dengan amat berhati hati.

Bilas dan basuh kawasan cukuran dengan sabun

Keringkan dengan lembut. Menggosok dengan tuala menyebabkan kemerahan.

Gunakan atiseptic untuk meminimakan kemerahan kulit. Sekiranya anda bercukur untuk pertama kali atau kedua kalinya, anda kemungkinan akan mengalami kemerahan dan kegatalan yang melampau sewaktu rerambut hendak tumbuh kembali. Ini akan berakhir selepas seminggu dan kumudian sekiranya anda mengulangi mencukur, anda akan dapati kegatalan tadi sudah tidak berulang lagi.



Tips Berguna

· Basuh pencukur sekerap mungkin, pastikan rerambut yang panjang dibuang daripada bilah sebelum menyambung kerja anda.

· Anda akan selamat daripada terluka sekiranya anda hanya meluncurkan bilah pencukur ke atas permukaan kulit tanpa mengenakan tekanan.

· Adalah terbaik jika mencukur sewaktu skrotum berada dekat dengan badan. Ia berarti skrotum tidak melayut dan terhindar daripada dilukai oleh bilah pencukur. Sekiranya anda mendapati skrotum melayut, gunakan kiub ais untuk membawanya dekat ke badan.

· Adalah lebih mudah sekiranya mencukur sewaktu penis sedang ereksi kerana kulit menjadi lebih menegang.

· Menggunakan ‚baby oil adalah dikatakan baik bagi mengurangkan kegatalan.

· Menggunakan‚ baby powder di kawasan cukuran yang sentiasa tergosok seperti celahan kangkang dapat mengurangkan geseran dan kemerahan.

· Pastikan bilah pencukur dikeringkan setelah digunakan. Sewaktu hendak mula bercukur pula, pastikan ia telah disapu dengan alkohol untuk menyah-kuman dan bilaskan ia dengan air.

Tips Mencukur Alat Sulit Lelaki
Pumice stone


· Gunakan batu pumis (pumice stone) ke atas kawasan cukuran untuk melembutkan hujung rerambut yang menjadi tajam akibat mencukur. Ini dapat mengelak kegatalan sewaktu ia tumbuh kembali.

- Bagi mengelakkan kepedihan buat yang pertama kali mencukur, dapatkan Krim Lidocaine (Lignocaine) sebagai pelali yang dapat mengurankan kegatalan pada kawasan cukuran. Ia dijual di farmasi.

Tips Mencukur Alat Sulit Lelaki
Krim Lidocaine



Amaran

· Gatal, oh gatal! Semasa rerambut hendak tumbuh kembali, anda akan merasakan kegatalan seperti gila. Samada anda mencukurnya semula atau anda hanya biarkan saja ia tumbuh dan menahannya. Walaubagaimanapun, ia tidak lama, bila anda sudah mencukur buat kali ke dua dan seterusnya, kulit akan menjadi biasa dengan cukuran dan kegatalan tidak berlaku lagi

· Jangan bercukur sebelum bersukan. Ia bukan sahaja akan mengalirkan peluh ke tempat cukuran dan menyebabkan kepedihan, pergerakan juga akan menyebabkan kulit terluka..


Sumber: blog.kesihatanonline.com


Baca juga di sini:

Tips Bercukur Bagi Lelaki



2 comments:

info...tq!

26 August 2014 at 09:52 comment-delete

info..

26 August 2014 at 10:34 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ