Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GAMBAR TOK GURU NIK AZIZ MENGUSUNG BEG PLASTIK KENCING - ANTARA KESAKITAN DAN KESUNGGUHAN




Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah mencecah usia 83 tahun. Hospital seolah-olah sudah menjadi rumah kedua beliau.

Tak ramai yang tahu bahawa Tok Guru kini mengalami masalah kesihatan yang cukup serius terutama di bahagian prostatnya. Ini menyebabkan beliau sentiasa perlu mengusung beg plastik ke mana saja beliau pergi bagi membolehkan air kencingnya disalurkan ke dalam beg plastik tersebut.

Tak cukup dengan itu, jantungnya juga mengalami masalah serius hingga menyebabkan bateri terpaksa dipasang bagi membolehkan beliau terus menjalani kehidupan sehariannya.

Kami bukan mahu mengagung atau mendewakan pemimpin PAS tersebut tetapi kita kena menerima hakikat bahawa inilah contoh seorang pemimpin tulin yang meletakkan perjuangan melebihi dirinya sendiri.

Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh berbeza pandangan dan aliran tetapi perkara yang betul kita perlu jadikan ia sebagai panduan dan amalan.

Tok Guru boleh saja duduk di rumah dan beribadat semahunya tetapi beliau tahu beliau tidak boleh berbuat demikian kerana beliau masih diperlukan oleh ramai mengikutnya untuk sumber rujukan utama dari segi pendapat dan pandangan diperingkat parti dan juga masyarakat. - mynewshub.my








2 comments:

Semoga kita terhindar dari sumpahan PAS `pecah perut' yang dilafaskan dahulu....!

11 September 2014 at 12:22 comment-delete

Semoga Allah permudahkan segala urusan mu TGNA....

11 September 2014 at 12:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ