ISLAM DI CHINA - SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN - PART 3.






PANGLIMA ISLAM HULAGU KHAN MEMPUNYAI ADIK BONGSU YANG BERNAMA KUBLAI KHAN SEORANG RAJA ISLAM CHINA YANG TERKENAL DI DALAM PEMERINTAHAN ISLAM DI CHINA JUGA CUBA DI TUTUP KEISLAMANNYA OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH YANG MEMPUNYAI AGENDA MERENDAH-RENDAHKAN PENGUASAAN ISLAM DI TIMUR




MASJID HUAISHENG DI BANDARAYA ZAITUN ATAU CANTON MERUPAKAN LAMBANG KEISLAMAN MELAYU DI NUSANTARA SEBELUM SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. SAMPAI KE CHINA DARI JALAN LAUT


Sekarang ini masjid berkenaan menjadi pusat aktiviti orang-orang Islam untuk proses akad nikah, mengurus jenazah, mendamaikan orang yang berseteru dan lain-lain. Ianya menjadi masyhur dan di sekitar masjid ini terdapat tempat-tempat penjualan makanan, menjual makanan “Islami” seperti sayur-mayur dan daging.


Masjid yang di asaskan oleh 4 orang sahabat ini mempunyai menara bertingkat, tingginya 36 meter dari permukaan bumi dan membolehkan kita melihat pemandangan seluruh bandaraya Zaitun. Dan seperti di masjid Xian, masjid ini juga mengandungi seni bina Arab dan China tulen.


Saad bin Abi Waqqas telah menghabiskan sisa hidupnya dengan mengabdikan diri di sana dan meninggal dunia di Zaitun atau Guangzhou, China pada tahun 678 masihi. Kuburannya dikenal sebagai Geys’ Mazars dan menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia.


Sampai di Guangzhou adalah tidak sah bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan kaki ke kubur Sahabat agung ini. Kesan dakwah beliau di sana sekarang ini menyebabkan sekarang terdapat 4 masjid yang kesemuanya digunakan untuk sembahyang berjemaah. Paling ramai jemaah adalah pada hari Jumaat:


1. Masjid Huai Sheng Guang Ta - 1500 jemaah

2. Masjid Maqam Saad - 1500 jemaah

3. Masjid Hao pan - 600 jemaah

4. Masjid Xiao Dong Yin - 500 jemaah


Semasa Baghdad dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh ajaran sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan adik bongsunya iaitu Kublai Khan ( 1215-1294 ) telah berjaya memegang tampuk pemerintahan di China.


Tetapi semasa berlakunya perang saudara di China agama Islam tetap unggul di bawah raja-rajanya yang Islam. Semasa pelayaran hebat Ibnu Baitutah ( 1304-1369 ) ke China beliau ada mencatatkan telah berlaku peperangan yang hebat saudara antara Raja Kha Khan dan sepupunya Fairuz Khan.


Akibat Perang Saudara itu menyebabkan Ibnu Batutah lari pulang ke Tanah Arab. Peperangan itu berjaya di menangi oleh Fairuz Khan dan Raja Kha Khan untuk terus unggul menjadi Maharaja Islam bagi empayar Islam di China.



PAHLAWAN ISLAM CHINA, ILMU PERSILATAN MELAYU KUNTAU WUSHU DAN TERATAI ISLAM MERUPAKAN KETAMADUNAN YANG DI TAKUTI DAN DI GERUNI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH



Kisah anak cucu cicit Raja Albani di kepulauan Oceana kerajaan Siam Melayu Merong Islam Albani Australia iaitu Laksamana Haji Cheng Ho ( 1371-1435 )
juga sungguh mempesonakan.

Syed Cheng Ho yang merupakan cucu kepada Putra Albani yang mana anak kepada Raja Zainal Abidin Kerajaan Melayu Papua Indonesia iaitu adalah hasil dari perkahwinan baginda dengan anak raja China.

Setelah dewasa putera Raja Papua iaitu Zainal Abidin yang bernama Putra Albani telah mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan dengan salah seorang Puteri Raja Islam China.

Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka negeri Albani di Perth, Australia dan setelah kemangkatan baginda di Australia pemerintahan baginda diganti oleh puteranya yang sulung bernama Raja Chulan Man Bau atau nama Islamnya Putra Osman.

Setelah itu pemerintahan Kerajaan Islam Albani di teruskan oleh Saidina Ali ( 1350-1400 ) yang yang menjadi raja Albani Australia. Manakala adik Saidina Ali yang bernama Saidina San Bau telah berkhidmat di Negara China dan menggunakan nama China iaitu Cheng Ho.

Sebenarnya khimat yang di berikan Syed Anjal Cheng Ho kepada Kerajaan China adalah lambang kerjasama sumbangan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam kepada empayar Islam China.

Ketika baginda Cheng Ho di lantik sebagai Laksamana bagi armada laut empayar Islam China baginda Haji Cheng Ho sering berulang alik ke rantau ini terutamanya ke kerajaan Melayu Albani iaitu bumi tumpah darahnya serta tempat moyangnya dan abangnya Saidina Ali memerintah.

Nama penuh baginda Laksamana Cheng Ho ialah Saidina Syed Mahmud Syam Anjal San Bau ibni almarhum Raja Chulan Man Bau atau bergelar Osman Putra ibni almarhum Albani ibni almarhum Zainal Abidin Syah.

Haji Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan dan salah seorang puteri Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435 ) itu berkahwin dengan Preston John atau Pertuan Johan dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Binti Syed Jamal al-Jefri Ahlul-Bait iaitu Yang Di Pertuan Raja Siam Rama Tibodi atau di gelar orang Khalifah Syah Alam Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) yang di akui oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana.




0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ