Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jackie Chan Dapat ‘Datuk’ Sebab Police Story 3





Setelah tersiarnya berita mengenai Jackie Chan menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kelihatan ramai yang mempersoalkan kewajaran itu. Selain itu pelakon juga pengarah Aflin Shauki juga turut memberi pandangan.

Bagaimanapun, Tengku Adnan, menerusi kenyataannya di akaun Twitter, beliau menyatakan pelakon aksi ngeri terkenal antarabangsa itu telah banyak membantu mempromosikan Malaysia terutama melalui filem popularnya tahun 1992, Police Story 3.

Selama ini pun bukan Jackie Chan seorang sahaja yang pernah membantu mempromosikan Malaysia di mata dunia. Terdapat juga beberapa filem lain yang juga turut memberikan impak yang sama seperti filem Entrapment pada tahun 1999 yang dibintangi oleh pelakon Hollywood seperti Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones.

Antara babak-babak yang paling penting dalam filem tersebut adalah Menara Berkembar Petronas yang juga mercu tanda utama negara selain selain stesen LRT Pudu. Maka adakah mereka juga patut mendapat pingat tersebut?. - Siakapkeli.com.my






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ