Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Awas Zakar Lelaki Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami





LONDON – Bagi pasangan yang telah lama berkahwin, mungkin pelbagai posisi sudah biasa dilakukan ketika bersama teman hidup dan ia lebih teruja bagi mereka yang baharu sahaja mendirikan ‘masjid’ atau mahligai perkahwinan.

Namun, kajian terbaharu saintis Britain mendapati, kedudukan ketika melakukan seks juga boleh menyebabkan alat sulit lelaki atau zakar rosak dan lebih parah jika ia patah; sekali gus hilanglah maruah si tuan punya tubuh berkenaan.

Akhbar berpengaruh Britain, The Telegraph pada Jumaat melaporkan, kajian diterbitkan menerusi jurnal Advances in Urology mendedahkan posisi wanita berada di atas atau disebut ‘woman on top’ paling berisiko kepada zakar lelaki.

Kedudukan bersetubuh tersebut yang juga popular dikenali sebagai ‘cowgirl style’ itu mencatatkan 50 peratus punca utama batang kemaluan lelaki rosak berbanding aksi ‘doggy style’ yang sekadar merekodkan 29 peratus kecederaan.

Penemuan yang amat memeranjatkan saintis seksologi itu berdasarkan kepada rekod 13 tahun yang diperoleh di unit kecemasan dan kemalangan hospital seluruh Britain melibatkan kes pesakit lelaki yang kemudian mengalami ‘mati pucuk’.

Sebaliknya kajian lanjut itu mendapati posisi yang paling kurang berisiko secara semula jadi ialah kedudukan tubuh lelaki berada di atas dengan suami menindih badan si isteri di bawahnya atau disebut juga sebagai ‘missionary style’.

Malah kaedah paling asas itu turut disarankan menerusi panduan seks India purba dan tertua di dunia, Kamasutra yang diasaskan sejak tahun 400 Sebelum Masihi dan menjadi rujukan popular ramai pakar seksologi seluruh dunia sehingga kini.

Doktor sakit tuan dan penyelidik akademik merumuskan, posisi wanita di atas lelaki boleh menyebabkan si isteri lebih mengawal pergerakan dengan seluruh beban tubuh menekan lelaki, sekali gus menyebabkan zakar suami mudah cedera. – Agensi/MYNEWSHUB


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ