Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ISLAM DI CHINA - SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN - PART 2.





SESUNGGUHNYA PENGLIBATAN MELAYU TUA DI DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA BERSAMA-SAMA TUAN MEREKA KESULTANAN KEDAH TUA YANG DI ASASKAN OLEH PUTERA HEBAT DARI KOTA XIAN, CHINA CUBA DI TUTUP OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH

Selepas peristiwa tersebut semakin ramailah mereka ini datang dan menetap di China serta berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Kansu dan Shensi pada tahun 814-847 masihi.


Sebenarnya khidmat yang di berikan mereka ini kepada Kerajaan China adalah simbolik kerjasama sumbangan permulaan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam Syah Alam kepada mereka.


Sumbangan tentera dan kadir-kadir dakwah ini sebenarnya bukan kepada China sahaja tapi berlanjutan bila tertubuhnya empayar Monggol India Delhi dan Monggol Turki Usmaniyyah di barat.


Tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya agar bangsa Melayu ini kembali ke kampung halaman masing-masing setelah lama berkhidmat sebagai wakil Khalifah Ajam Timur Kesultanan Kedah Pasai Ma juga untuk menguatkan Islam di Nusantara apabila di tahun 877 masihi orang-orang Islam keturunan Melayu telah mengalami sejarah hitam pahit apabila terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman.


Ketika itu di China pada tahun 876 masih berlaku pemberontakan di Tenggara China pimpinan Hwang Chau dan tentera Islam tewas. Maka ramailah saudagar-saudagar Islam yang telah ratusan tahun bermukim di sana di bunuh beramai-ramai.


Di anggarkan 200.000 ribu terkorban dan melarikan diri daripada serangan puak Pemberontak Kafir Harbi yang melawan kerajaan empayar Islam China ke bumi Tanah Melaka, Palembang dan Champa. Kemudian menjadi titik tolak perkembangan Islam dan penyebaran ilmu agama yang kukuh di bawah panji-panji al-Jefri Ajam Quraisy di timur.


Walaupun pemberontakan itu telah berjaya di padamkan ia muncul semula pada kali kedua bernama Pemberontakan Yong Chow di tahun 900 masihi tapi tidaklah seteruk di tahun sebelum itu. Korban pemberontakan kali ini ialah sekitar 5 ribu jiwa sahaja.


Ini mempercepatkan lagi kepulangan orang-orang Melayu ke Nusantara untuk berkhidmat kepada cicit DYMM Merong Maha Wangsa yang ketika itu berada di utara negeri Melaka. Cicit DYMM Merong Maha Wangsa itu ialah KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR HUSSAIN SYAH ALAM 904 MASIHI DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA.




KEGIGIHAN RAJA TAI ZHONG YANG MERUPAKAN SEORANG TABIEN MENYEBARKAN AGAMA DARI PARA SAHABAT R.HUM MENYEBABKAN AGAMA ISLAM MENJADI KUAT DI SEBELAH TIMUR

Tahap Kedua :

Semasa Usman bin Affan r.hu menjawat jawatan Khalifah , Saad Bin Abi Waqqas bapa saudara Nabi s.a.w. sebelah ibunya telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi berdiplomatik dengan Raja Daerah China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) pada 650 M di Bandaraya Xian.


Saidina Ustman bin Affan, yang memerintah selama 11 tahun di Madinah al-Munawwarah sungguh mengambil berat akan hal ini kerana pengalamannya pernah berada di sana semasa zaman mudanya. Dan menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo (Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas iaitu lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.


Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqqas yang bermujahadah dengan penuh susah payah serta keperitan melalui jalan darat untuk menyebarkan agama Allah Jalla Jalalah telah melalui Jalan Sutera melalui daerah Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Bandaraya Xian telah di sambut meriah oleh Maharaja China.


Jemaah Saad bin Abi Waqas ini datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yang ketika itu memerintah China semenjak tahun 626 lagi. Ia memeluk Islam di tangan Saad Bin Abu Waqqas r.hu. dan merupakan datuk kepada YTM Merong Maha Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain.


Setelah rombongan dakwah ini menyempurnakan kerjanya dengan baik di Kota Xian, rombongan ini dan penakluk empayar Parsi ini Saad Abi Waqas Saad Bin Abi Waqas ( 595-678 ) belayar pulang ke Kota Madinah al-Munawwarah melalui jalan laut.


Beliau telah sampai ke Nusantara kira-kira pada 675 masihi dan telah singgah di Pelabuhan di kawasan Pasir Putih dan Besut/ Setiu yang pada masa itu merupakan salah satu pelabuhan Melayu Tua kuno di sempadan Kelantan dan Terengganu yang boleh di mudiki 3 jam terusannya ke pelabuhan Kuala Krai melalui pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau”.


Berkat kesinggahan beliau di Pelabuhan Kuala Besut yang mengadap Pulau Perhentian yang merupakan pelabuhan wajib para pelaut berhenti di dalam safar mereka sebelum ke China seperti yang pernah di ceritakan oleh Ibnu Batutah, maka semakin ramailah orang Melayu memeluk agama Islam.




MASJID HUAISHENG DI BANDARAYA ZAITUN ATAU CANTON MERUPAKAN LAMBANG KEISLAMAN MELAYU DI NUSANTARA SEBELUM SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. SAMPAI KE CHINA DARI JALAN LAUT





Tahap Ketiga :

Setelah beberapa lama Saad Bin Abi Waqqas r.hu berada di Tanah Arab, beliau kembali lagi ke China setelah kunjungan bersejarahnya dulu. Datangnya kali ini dengan membawa salinan al-Quran.


Khalifah Usman r.hu pada masa kekhalifahannya memang menyalin al-Quran dan menyebarkannya ke berbagai nagara, demi menjaga kemurnian kitab suci ini. Pada kedatangannya pada ke tiga kali ini ia belayar menuju ke pelabuhan laut kesukaannya iaitu pelabuhan Zaitun.


Menurut manuskrip purba bertarikh 1216 mencatatkan Saad bin Abi Waqqas r.hu telah datang dan membina masjid untuk kegiatan dakwahnya di situ yang bernama Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak artifak sejarah Islam paling berharga di China.


Di bandar ini, mereka iaitu para sahabat nabi s.a.w. Saad Bin Waqqas r.hu dan anak buahnya dari kalangan orang-orang Melayu telah menamakan masjid Huai-Sheng yang bergelar “Masjid Rindukan Nabi Muhammad”.


Ia mempunyai menara yang tinggi lebih kepada rumah api bagi kapal-kapal yang mudik ke pelabuhan bandaraya Zaitun seperti Menara Kota Portugis di Bandar Hilir Melaka yang menjadi panduan pada kapal-kapal sebelum mudik masuk ke terusan Kota Muar Johor.


Dari Kota Muar ini kapal-kapal itu akan mudik pula sehingga ke Hilir Pahang ke laut Champa atau Laut China Selatan. Kerana rindunya para sahabat r.hum kepada nabi s.a.w. maka dinamakan demikian kerana untuk mengubati rasa rindu hati mereka terhadap nabi s.a.w yang jauh mereka tinggalkan di Madinah, maka masjid yang mereka dirikan diberi nama berkenaan.


Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Kemudian masjid ini di perbesar dan di perbaharui masjidnya ini pada tahun 1350 di masa Dinasti Yuan di bawah pemerintahan Zhizheng (1341-1368) dan kemudian di bangun lagi di tahun 1695 di bawah Raja Kangzi pada masa Dinasti Manchu atau Qing ( 1644-1911 ).


Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati berbagai monomen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. Baru-baru ini mesjid ini di perbaiki sekali lagi dengan melibatkan pembesaran ruangan sembahyang apabila pihak pengurusan masjid membeli sedikit ruangan bahagian belakang masjid.-


bersambung Part 3 di sini


Sumber


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ