Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Himpunan Gambar Menarik Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Ke 35



Istiadat Tabal Adat Sultan Perak XXXV berlangsung penuh tradisi hari ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.



Istiadat 'Tabal Adat' akan menyaksikan dua acara iaitu Pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak XXXV dan pemasyhuran gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Pemasyhuran akan diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin. Ia akan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" untuk Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara Salim sebanyak tiga kali. -Astro AWANI/Shahir Omar







Sultan Nazrin Shah berkenan mengucup Al-Quran di atas Singahsana bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah hari ini


Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim berkenan bergambar dengan barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas Majlis Angkat Sumpah Jawatan Exco Negeri Perak Darul Ridzwan di Istana Iskandariah



Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Angkat Sumpah Jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzwan (Exco) di Istana Iskandariah



Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melakukan pemeriksaan kawalan kehormatan. -AWANI / SHAHIR OMAR



Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi. Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR





Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri. ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR



Sultan Nazrin Shah segak dengan persalinan yang dilengkapi, antaranya, tanjak, Rantai Bunga Nyiur (rantai panjang berkerawang seperti bunga nyiur yang dipakai bersilang) dan Pontoh Bernaga (sepasang gelang yang disarung di lengan kanan dan kiri Sultan Perak) manakala Tuanku Zara memakai antara lain tiara, Agok (kalung emas), Dokoh (perhiasan emas berpermata) dan Pontoh Ular Lidi - kesemuanya merupakan Perkakasan Kebesaran Kerajaan Negeri. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR



Raja Nazira Safya Shah dan Raja Azlan Muzzaffar Shah ketika upacara Tabal Adat - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
















Daulat Tuanku. Istiadat Pertabalan pada 6 Mei Istana Iskandariah Kuala Kangsar



Raja perlu adil, bebas daripada noda - Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah Raja perlu memerintah secara adil dan saksama berdasarkan kehendak Islam. Dalam titah sulung sejurus ditabalkan di Istana Iskandariah di sini, baginda juga mengingatkan bahawa keluhuran institusi Raja perlu dipelihara daripada sebarang penodaan. "Kuasa Raja tidak dipertikaikan selagi Raja tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi Raja mematuhi hukum yang telah termaktub. "Prinsip kesetiaan rakyat kepada Raja yang berpaksi keadilan tidak mengizinkan Raja mengamalkan sifat 'bersultan di mata, beraja di hati'," titah baginda.


Sultan Nazrin juga menyifatkan istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 adalah lambang citra untuk terus mendaulatkan institusi Diraja. Titah baginda, ia adalah perlanjutan adat, kesinambungan budaya, keindahan adat, kekayaan budaya yang berlangsung dalam era modenisasi serta mengekalkan identiti tamadun pemerintahan negeri beraja dan rakyat bersultan yang sudah lama berakar dalam sistem berkerajaan dan bernegara di bumi ini. Menurut baginda, institusi Raja juga bukan cermin lama untuk melihat wajah yang tua, manakala takhta pemerintahan bukan sekadar perhiasan.



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ