Siapakah Teman Kita Di Alam Kubur Nanti?





Junjungan besar Rasulullah S.A.W pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut apabila mendapati kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya itu. Apakah maklhluk tersebut?
Lalu lelaki itu bertanya “ Siapa kamu?”.

Makhluk itu menjawab “Kamu tidak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu sering baca di siang hari dan juga pada waktu malam”.

Kemudian, barulah lelaki tersebut teringat bahawa makhluk tersebut ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia kerana berpeluang menatap zat Allah Yang Maha Suci.

Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu. Allah turut memerintahkan malaikat agar turut member perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.

Bukan itu sahaja, Allah telah memerintahkan malaikat agar turut memakaikan mahkota serta perhiasan syurga kepada lelaki itu. Allah turut memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan –perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki itu.

Maka, terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”

Lalu malaikat menjawab “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran.”

Sebagaimana sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud : “Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan segala apa yang terdapat di dalamnya, maka Allah akan memakaikan mahkota kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak di mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahawa pahala itu disebabkan amalan yang seperti ini”.

Berdasarkan kisah tersebut, satu peringatan buat kita semua sebagai seorang Muslim walau apa pun jua jangan sekali-kali meninggalkan daripada membaca Al Quran. Bacalah Al-Quran setiap hari paling sedikit biarpun hanya setakat 1 helai. Jika kita berada di dalam kesibukan
sekali pun carilah masa untuk membacanya.

Jika diamalkan selalu, hal ini menjadikan hati kita sentiasa dekat dengan Al-Quran kerana Quran itu cahaya penyuluh hidup.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

“Pada hari kiamat nanti, di hadapan Allah SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran “.

Melalui hadis tersebut, kita dapat mengetahui bahawa Al – Quran adalah pemberi syafaat di mana syafaatnya akan diterima Allah SWT.

Terdapat juga satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Seterusnya, apabila mayat itu dikafankan orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat yakni Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :”Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

“Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”. “Maka, janganlah engkau bimbang”.


Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi”. Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”.

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al – Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu, maka kita adalah orang-orang yang sangat rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT. Tatkala ajal telah datang kepada kita, tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia yang dapat membantu kita kelak.

Seterusnya, Allah telah menjanjikan Al – Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikanlah Al-Quran sebagai teman di dunia dan pemberi syafaat di ahirat nanti.


Sama-samalah kita renungkan kembali, dalam sehari berapa kalikah kita membaca Al-Quran? Cukupkah sekali atau dua kali, atau mungkin sekadar membacanya dalam solat sahaja.

Sebenarnya, pahala yang paling mudah untuk kita bolot adalah melalui pembacaan Al-Quran di mana setiap huruf yang dibaca akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT sebanyak 10 pahala. Tambahan pula, Al-Quran itu kalam Allah SWT dan bukannya datang daripada manusia.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua restu dan hidayahNya dan semoga Al-Quran yang kita baca itu menjadi teman kita kelak di alam sana. Mari tanamkan keazaman mulai hari ini untuk mempertingkatkan lagi usaha mendekati dan mempelajari Al-Quran. Jom baca Al-Quran…





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ