Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



"Ustaz Popular" Kemaruk Dengan Janda Siam

Ustaz Popular  Kemaruk Dengan Janda Siam



KAJANG: Dia yang bergelar ustaz selepas dikenali ramai menerusi sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan agama yang popular di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Namun perwatakannya dahulu sebagai suami penyayang dan anak menantu yang paling disayangi ibu mentua kini berubah sekelip mata apabila dikatakan tergamak mengugut mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap ibu mentua sehingga wanita itu kini bersembunyi di tempat lain.

Ustaz yang memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat petroleum terkemuka negara itu dikatakan mengugut isteri dan keluarga mentua apabila menuntut wang RM140,000 daripada isterinya atas alasan membayar kembali kos sara hidup dia bersama isterinya, termasuk perbelanjaan ketika membawa anak saudara keluar bersiar-siar.

Konflik makin memuncak apabila dia memberanikan diri pergi ke rumah ibu mentuanya di Pahang, pada Isnin lalu.

Ustaz Popular Kemaruk Dengan Janda Siam


Dia sanggup menunggu lama di luar rumah untuk menuntut wang berkenaan.

Khuatir keadaan keselamatan ibunya, adik iparnya segera menghubungi polis sebelum situasi itu dileraikan.

Adik iparnya yang enggan idenditinya didedahkan, lelaki itu mula berubah sikap selepas tamat rancangan realiti TV berkenaan menyebabkan rumah tangga mereka mula bermasalah.

Difahamkan dia sengaja memberi alasan mahu berpisah dengan menuduh isteri dan keluarga mentuanya mempunyai saka menyebabkan mereka tidak mendapat zuriat.

Katanya, keadaan bertambah keruh sejak penemuan SMS dihantar kepada tiga wanita berasingan sehingga menimbulkan syak isterinya sejak beberapa bulan lalu.

Melalui pesanan SMS itu, kakak saya mendapat tahu dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain iaitu janda anak tiga, wanita Siam dan seorang peminatnya yang meminta dia mencarikan jodoh.


Baca juga di sini:










3 comments:

This comment has been removed by the author.

13 May 2014 at 15:35 comment-delete

Kwn saya bkahwin dgn ustaz lulusan syariah, hari2 kene pukul. Akhirnya bcerai tapi anak tpaksa d serahkn pd mertua. Akhir zaman, ramai sgt yg BLAKON WARAK.

13 May 2014 at 15:43 comment-delete

Maaf baru terperasan. Ni gossip tahun 2012 ke? Heeheehe. Rasa mcm gosip lama nih, entahla saya pun x perasan sgt hehe

13 May 2014 at 16:17 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ