Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Miley Cyrus Ligat Beraksi Dengan Belon Berbentuk Kemaluan Lelaki



Baharu sahaja dibenarkan keluar daripada hospital akibat komplikasi alahan, namun nampaknya Miley Cyrus masih belum serik-serik lagi mencipta kontroversi murahan.

Bintang pop kelahiran Texas itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau dilihat membuat persembahan bersama prop pentas berbentuk alat kemaluan lelaki di kelab eksklusif bagi kaum homoseksual G-A-Y, London, Jumaat lalu.

Miley berada di London selama seminggu bagi mempromosikan album terbarunya, Bangerz.

Memetik laporan Daily Mail UK, Miley kelihatan selamba beraksi lincah dan adakalanya sengaja melakukan ‘pencabulan’ terhadap objek kurang senonoh itu dihadapan penonton-penontonnya.

Penyanyi yang popular dengan watak Hannah Montana itu sememangnya tidak lagi mahu dikaitkan dengan sitkom terbitan Disney yang telah melonjakkan namanya dahulu.

Jadi tidak hairanlah Miley gemar mencabar hukum norma dengan menggabungkan elemen hiperseksual ke dalam lirik lagu dan persona pentasnya bagi menghakis imej “gadis baik” yang sinonim dengan dirinya sebelum ini. - Daily Mail UK










1 comments:

Alahai..... dia budak baik dlm Hannah Montana.

13 May 2014 at 20:52 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ