Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar-Gambar Harta Karun Yang Ditemui di Pulau Nangka Melaka







Harta Karun Pulau Nangka Melaka Bernilai Jutaan Ringgit

Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.[01/05/2014]

Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.




“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.

Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan.


Sumber: daengselili.blogspot.com



Baca juga di sini:

Harta Karun Sultan Melaka: Hanya boleh Diambil Oleh Pewaris Sultan








8 comments:

biar btl??

12 May 2014 at 14:40 comment-delete

Alhamdulillah..

12 May 2014 at 15:22 comment-delete

Ada tbaca sblm ni yg emas d Pulau Nangka berbentuk timun, bukan jongkong mcm emas zaman2 skrg.

12 May 2014 at 15:30 comment-delete

Hopefully lepas selesai semuanya nanti mereka akan buat exhibition sebab teringin gak nak tengok peninggalan majapahit nie..hehehe

Regards,
-Strider-

12 May 2014 at 15:54 comment-delete

habis laaa khazanah selepas ni dikaut agen Yahadut Hibrid

12 May 2014 at 17:25 comment-delete

Yahadut Hibrid tu sapa En Harith. Maaf la, saya slalu lambat faham hehehe

12 May 2014 at 19:47 comment-delete

Semoga tak jatuh ke tangan org yg tamak...

13 May 2014 at 09:08 comment-delete

perghhhh! Kayooo kayoooo

13 May 2014 at 17:41 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ