Aksi Couple Main "Urut-Urut" Di Kawasan Masjid
Putrajaya: Keindahan dan kecantikkan seni bina Islam ditonjolkan pada Masjid Putra, di sini seolah-olah dipandang sebelah mata terutama segelintir pasangan kekasih yang tanpa segan silu memadu kasih di pekarangan masjid berkenaan.
Lebih memalukan lagi, perlakuan tidak bermoral itu bebas berleluasa terutama pada waktu malam, sekali gus mengundang tanggapan negatif sama ada oleh pelancong tempatan dan asing yang melawat masjid berkenaan.
Difahamkan, perbuatan menjijikkan itu semakin parah terutama pada hujung minggu dan cuti umum apabila ada pasangan yang duduk berdua-duaan sambil bergurau-senda di bangku dan tempat istirahat yang disediakan di sekitar masjid berkenaan.
Seorang pengunjung ketika ditemui berkata, dia melahirkan rasa terkilan terhadap perlakuan pasangan kekasih berkenaan kerana ia bukan sahaja tidak manis dipandang kanak-kanak, sebaliknya tidak menghormati kesucian masjid yang berdiri megah di hadapan mereka.
“Lebih memalukan, ada pasangan yang melenting dan mengeluarkan kata cacian apabila ada orang ramai yang menegur aksi mereka itu. Pelbagai alasan diberi, ada pasangan yang mengakui sudah berkahwin dan bertunang apabila ditanya status hubungan masing-masing.
Katanya, dia pernah sekali terserempak dengan sepasang kekasih yang berpelukan di atas kerusi dengan lagak seperti pasangan suami isteri.
Tidak Mengendahkan perbuatan dan perilaku memalukan itu boleh mengundang persepsi negatif pelancong asing selain memberi teladan tidak elok kepada kanak-kanak.
Sementara itu, seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Aminah, 30 an berkata, dia berharap ada penguat kuasa ditugaskan memantau keadaan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pasangan berkenaan.
Menurutnya, dia melihat aksi menjijikkan itu semakin berleluasa dan sukar dikawal.
Tinjauan Harian Metro turut menemui beberapa pasangan kekasih turut menjadikan beberapa lokasi sekitar termasuk Dataran Putrajaya; Jambatan Sri Wawasan; Jambatan Seri Gemilang dan Stesen Putrajaya Sentral sebagai ‘port’ melepak dan melakukan perbuatan maksiat dan terlarang.
Timbalan Pengarah Bahagian (Penguatkuasaan) Perbadanan Putrajaya (PPj) Tamjis Dasim berkata, pihaknya tidak berdiam diri mengenai perkara itu, malah sudah memantau lama kegiatan tidak bermoral itu.
Tambahnya lagi, pada masa ini, pihaknya hanya mengambil langkah menegur dan menyuruh pasangan berkenaan beredar dari kawasan masjid berkenaan.
Kita mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas pasangan yang melakukan perkara tidak sopan, tetapi atas sebab tidak dapat dielakkan, kita menyerahkan kuasa penuh itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Sumber: azmyawangklanajaya.blogspot.com
1 comments:
nafsu semata2..huhu
Post a Comment