Ahmad Said Tidak Jadi Keluar UMNO Selepas PM Najib Minta Maaf
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan beliau menarik balik surat perletakan jawatan dalam parti dibuat selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepada beliau, menurut laporan The Malaysian Insider.
Dalam satu sidang media di kediamannya di Kemaman, Ahmad berkata tindakan itu berpunca dari salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei depan.
“Kami saling meminta maaf… Perdana Menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.
“Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar Perdana Menteri juga akui sama ada sedar atau tidak,” katanya yang sempat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas selama dua hari selepas menarik balik surat berkenaan.
Ketika sidang media itu, Ahmad turut berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan turut melakukan tindakan sama kembali kepada UMNO.
Baca juga di sini:
1 comments:
Bagus bermaaf maafan...... Tiada manusia yg sempurna.
Post a Comment