Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penyokong JDT Tidak SEGANAS Yang Disangka!!




Melihat tajuk akhbar arus perdana akhir-akhir ini, kita seolah-olah diarahkan untuk merumus kepada isu pasukan bola sepak JDT 1 dan JDT 2, sama ada di atas padang atau di luar padang.

Terkini setiausaha FAM mencadangkan supaya perlawanan membabitkan pasukan yang mempunyai penyokong yang di luar kawalan, supaya diadakan dalam stadium kosong.

Cadangan tersebut adalah isyarat kemenangan mudah kepada pasukan yang mencemburui JDT. Akan tetapi bagi pihak yang berfikiran positif, cadangan itu adalah satu langkah ke belakang yang perlu dinilai semula.

Menafikan hak penyokong sesuatu pasukan umpama memiliki sesuatu barang berharga tetapi tidak dapat menikmatinya. Menghukum JDT untuk bermain di stadium kosong akan mengundang reaksi lain yang pastinya memburukkan lagi keadaan.

Pada perlawanan separuh akhir piala FA di antara JDT dengan Pahang tempoh hari, punca pasukan dan penyokong Pahang dikepung bukanlah untuk menakut-nakutkan mereka. Istilah kepung itu sendiri satu kesilapan. Ia lebih kepada satu reaksi 'mesra' yang ingin ditunjukkan kepada Pahang amnya, bahawa penyokong JDT bukanlah samseng.

Mereka ingin membuktikan bahawa apa-apa yang berlaku di Stadium Darul Makmur (SDM) sebelum ini, bukanlah satu alasan untuk penyokong JDT bertindak balas seperti yang dilakukan oleh penyokong Pahang.

Hadiahkan Bunga

Malah, penyokong JDT menghadiahkan bunga kepada pemain dan penyokong Pahang sebagai membalas tindakan penyokong Pahang melontas batu kepada penyokong JDT ketika di SDM.

Pahang dan pasukan lain tidak perlu takut untuk bertandang di Larkin. Penyokong JDT adalah rakyat Johor yang penuh dengan kesopanan yang pastinya melayan tetamu dengan baik. Hooliganism bukan budaya penyokong JDT. Kebangkitan Johor sepatutnya menjadi contoh baik kepada pasukan lain dan bukan dengan cara menjatuhkan mereka.

Segelintir penyokong yang mungkin terkesan dengan peristiwa di SDM, telah pun ditahan pihak polis. Yang lain pula adalah golongan yang terikut-ikut dan hanya mahu mengambil tahu apa yang sedang terjadi ketika itu. Mereka bukan kumpulan besar yang mahu membuat gangguan.

Perkara yang baik jika dinilai secara negatif, akan memberi kesan yang negatif. Bak kata pepatah 'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'. Perkara yang benar-benar belum selesai adalah isu sistem  penjualan tiket.

Golongan bijak pandai di pihak FAM lebih arif untuk bertindak segera. Apa jua tindakan segera yang FAM mahu ambil, pihak lain akan akur kerana penjualan tiket adalah di bawah bidang kuasa FAM.

Mutu pengadilan adalah isu kitar semula yang masih buntu. Semua pihak perlu faham, bukanlah pengadil yang harus dipersalahkan, tetapi sistem yang diguna pakai oleh FAM yang perlu diperbaiki.

Menang atau kalah bukanlah persoalan utama. Kemenangan hanyalah hadiah. Penyokong JDT yang matang faham, kalah atau menang adat bertanding. Isu JDT seri dengan Pahang sebenarnya tidak menjadi masalah untuk penyokong JDT menerimanya.

Saya tetap yakin, penyokong JDT matang. Masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Saya mengharapkan kematangan penyokong JDT menyebabkan nama Johor dihormati dan dikagumi oleh penyokong pasukan lain, bukan ditakuti dan dibenci mereka.


Mohd Tuah Mohd Amin,
Pasir Gudang.






1 comments:

Yang baik jadi tauladan..yang kurang baik tinggalkan..

11 May 2014 at 12:26 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ