Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Reaksi Saari Amri tentang Drummer Ukays Sertai Jihad di Syria



Kuala Lumpur – Dia pernah dikenali kerana menganggotai kumpulan Ukays pada satu ketika dahulu.

Siapa tahu selepas kelibatnya dalam arena seni suara pudar, Akil Zainal atau lebih dikenali Akil beralih arah menceburi perniagaan beruniform di sekitar Bukit Bintang, di ibu negara.

Namanya kembali hangat selepas beberapa gambar yang dimuatnaik di laman media sosial menunjukkan Akil memegang AK-47.

Bagi segelintir peminat Ukays perkembangan itu mengejutkan dan pendedahan laporan akhbar yang mengaitkan kemunculan kumpulan bersenjata yang berjuang menentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar al Assad di Syria turut membabitkan Akil.

Perkara itu The Rakyat Post panjangkan kepada salah seorang rakannnya yang juga penyanyi utama kumpulan Ukays, Amir.

Menurutnya, berita terbaru mengenai Akil amat mengejutkan kerana telah lama tidak bersua.

"Saya akui saya tidak terlalu rapat dengan Akil dan dah lama tidak berjumpa dengannya.

"Saya tahu Akil memang di Syria sekarang tetapi saya tidak pasti bila dia pergi dan apa yang dia buat di sana.

"Kali terakhir saya berjumpa dia mungkin dalam enam atau tujuh tahun lalu. Ketika itu dia berniaga di Bukit Bintang" kata Amir.

Amir yang pernah popular dengan beberapa lagu termasuk Di Sana Menanti Di Sini Menunggu mengakui selepas berpecah menyebabkan anggota Ukays kurang berjumpa.

Sementara itu, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Dj Dave berkata pihaknya sedang merangka satu rancangan untuk mengadakan ceramah agama kepada anak seni bagi memberi kesedaran serta menegelak mereka terjebak dengan kumpulan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

"Kami merancang untuk mengadakan ceramah agama bagi golongan seniman bermula Ramadhan ini.

"Jadi dengan cara ini diharap dapat membantu artis supaya lebih dibimbing ke arah jalan yang betul dan boleh bezakan yang benar dan salah.

"Saya nasihatkan kepada golongan artis terutamanya yang mula berjinak untuk belajar agama supaya bergaul dengan orang yang betul-betul membawa syiar Islam yang sebenar, jangan terpedaya dengan mereka yang terlalu janjikan syurga hingga boleh menyesatkan," katanya.

Namun katanya apa yang berlaku kepada Akil mungkin kerana dia salah memilih rakan sehingga membawanya menyertai kumpulan bersenjata di Syria.

"Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku kepada artis kita. Dia mungkin terpengaruh dengan maksud jihad yang sebenar," katanya ketika mengakhiri perbualan telefon.


Baca juga di sini:

AL-FATIHAH - GAMBAR BEKAS PENYANYI RAP MATI BERJIHAD DI SYRIA






1 comments:

Dj dave pandailah kamu..

JM
13 November 2019 at 11:23 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ