Hati Ikan Adalah Makanan Pertama Penduduk Syurga
Gambar Hiasan - Hati Ikan Pari dari jelajah-xplorer.blogspot.com |
Pertanyaan:
Kenapa hati ikan adalah makanan pertama penduduk syurga. Saya dengar hal itu dapat membersihkan dan mencuci perut. Apakah hal ini benar atau tidak? Tolong dijelaskan terima kasih
Jawaban:
Alhamdulillah
Pertama,
Telah ada ketetapan dalam sunnah yang shoheh bahwa sajian penduduk syurga pertama kali masuk syurga adalah ‘sekerat hati ikan’ hal itu terdapat dalam hadits Tsauban pembantu Rasulullah sallahu’alaihi wa sallam, bahwa diantara pendeta (rabi) Yahudi mendatangi Rasulullah dan bertanya kepada Nabi sallallahu’alaihi wa sallam untuk menguji beberapa masalah, telah ada dalam percakapannya,
Yahudi bertanya, ‘Apa suguhan penduduk syurga ketika mereka masuk syurga?
Beliau menjawab, ‘Sekerat hati ikan’
Bertanya, ‘Apa makan siang setelahnya?
Dijawab, ‘Disembelihkan untuk mereka sapi syurga yang dimakan dari hujungnya.
Bertanya, ‘Apa minuman mereka?
Dijawab, ‘Dari mata air yang dinamakan salsabila. Sampai akhir hadits. HR. muslim, 315.
Imam Nawawi rahimahullah berkata, ‘Ungkapan kata ‘Fama tuhfatuhum’ adalah apa yang dihadiahkan dan dikhususkan kepada seseorang dan dipersembahkan. Ibrahim Al-Halaby mengatakan ia adalah hujung buah-buahan.’ Selesai dari kitab ‘Syarkh Muslim, 3/227.
Beliau juga mengatakan, ‘Sementara ‘An-Nun adalah ikan laut menurut kesepakatan para ulama’. Sementara kata ‘Zaidahul kibdi’ adalah potongan tersendiri yang ada di hati. Dan itu yang paling enak.’ Selesai dari kitab ‘Syarkh Muslim, 17/135-136.
Telah ada ketetapan hal itu dalam hadits lain di shohehain dan sunan. Kami pilihkan hadits ini, karena di dalamnya ada perbedaan antara suguhan penduduk syurga yaitu sekerat hati ikan laut. Dengan makan siangnya setelahnya yaitu daging sapi syurga.
Kedua,
Kami belum menemukan hikmah pengkhususan ‘sekerat hati ikan’ sebagai makanan pertama penduduk syurga. Akan tetapi kami meyakini bahawa Allah mempunyai hikmah nan tinggi. Dan Allah Azza Wajalla DIa Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Dia berfirman terkait dengan diri-Nya,
( وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ ) القصص/68.
‘Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia).’ SQ. Al-Qasas: 68.
Hal itu tidak menafikan sebagian ulama’ yang mencuba mengungkap hikmah pemilihan sekerat hati ikan secara khusus. Sebahagian mengatakan, bahwa hal itu sebagai isyarat akhir dari kehidupan dunia nan fana. Berpindah ke syurga merupakan kehidupan kekal. Kerana ikan termasuk salah satu haiwan laut yang menunjukkan unsur kehidupan di bumi. Sapi termasuk haiwan darat yang menunjukkan cocok tanam dan berusaha di atas bumi. Pemberian makanan penduduk syurga dengan keduanya mengisyaratkan akhir dari kehidupan dunia dan permulaan kehidupan akhirat. Silahkan melihat kitab ‘Ruhul Ma’ani karangan Al-Alusi, 7/94.
Ketiga,
Sementara faedah sekerat hati ikan secara kedoktoran bagi makanan penduduk dunia banyak sekali, yang memberi perhatian khusus para doktor spesialis dalam masalah makanan. Mereka menyebutkan diantaranya, menurunkan prosentasi kolesterol dalam darah, menurunkan minyak di tubuh, meringankan sakit di persendian tulang dan ia sangat kaya dengan vitamin (D) yang mempunyai banyak faedah. Barangsiapa yang ingin lebih luas dalam masalah ini, hendaknya dia merujuk ke refrensi khusus dalam masalah ini.
Wallahu’alam .
sumber: islamqa.info/id
2 comments:
Fakta di atas tu elok dperjelaskan lg.. yahudi yg dimaksudkan tu adalah di antara sahabat utama Rasul, slepas masuk islam namanya saidina Abdullah Bin salam.. Beliau adalah dikalangan pembesar yg sgt Dipercayai yahudi,jadi dgn keislamannya sgt mmberi tamparan hebat pada yahudi yg lain..utk selanjutnya eloklah search di google..
betul ke ada hadis mcm tu?xpernah dengar la
Post a Comment