Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Chegu Bard Dedahkan Pemilihan PKR Dipenuhi Penipuan




Tidak tahan dengan apa yang berlaku, salah seorang orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard mendakwa pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014 dicemari dengan penipuan-penipuan yang berlaku dengan jelas dan melampau.

Mungkin sudah tidak ada tempat untuk ‘mengadu’, Chegu Bard dilihat meluahkan kemarahan bersama bukti di akaun Facebook milik beliau.

Antara dakwaan beliau ialah apabila ahli Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) sendiri mengisi kertas undi memilih calon mana harus menang di Gombak.



Selain itu beliau mendakwa, hampir semua senarai pemilih yang diberikan kepada calon berbeza dengan apa yang digunakan oleh JPP.

“Tahu tak Datuk Jo Abdul…. hampir semua senarai pemilih yg diberi kepada calon hari ini dan yg diguna JPP berbeza… Hampir semua kawasan pengawas dtg lambat… semua kawasan pengawas terlibat dlm kempen dan malah ada yg menanda kertas pengundi… ni gambar di Gombak jelas pengawas bantu tanda kertas calon.. 7 cabang dah batal.. saya cadang batal semua susun balik… betulkan JPP.. kalau tak Datuk Jo Abdul akan dikenang sebagai punca kecelaruan parti dan ROS akan masuk campur tangan selepas ini,” katanya.

Selain itu beliau mendakwa, ada ahli JPP yang seharusnya bersikap bebas dan berkecuali dilihat sibuk mengedarkan senarai calon yang harus dipilih (cai) oleh ahli PKR.

Kejadian itu kata beliau berlaku semalam di Negeri Sembilan.



Pendedahan Chegu Bard ini nyata memperlihatkan cakap tak serupa bikin PKR yang kerap mengutuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan yang lemah dan tidak pandai mengurus pilihan raya.

Beliau sendiri mengakui apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat memalukan buat parti.



Sementara itu, salah seorang calon, Salmah Abdul Rasit mendakwa, dia tidak berpuas hati dengan cara pengendalian proses memangkah calon yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membantu pengundi termasuk petugas dan pemerhati luar di pusat mengundi.

“Tidak mustahil pembantu yang menolong mereka akan menunjukkan calon mana yang pengundi perlu pangkah dengan mengambil peluang untuk meraih undi calon yang mereka sokong,” dakwanya hari ini.

Lebih teruk seorang calon yang bertanding Jawatan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor mendakwa mempunyai bukti kukuh politik wang berlaku di Jeram melibatkan calon lawan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

S. Manikavasagam mendakwa, Khalid memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu dalam bentuk rakaman video. – Mynewshub.my


Baca juga di sini: 

Pemilihan PKR Di Selangor Tegang, Dikuasai Politik Wang




1 comments:

Pkara mcm ni blaku pd mana2 parti pun. Tiada pendedahan tak semestinya parti tu bersih. Mungkin kerana TAKUT utk bocorkan rahsia...

13 May 2014 at 09:50 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ