MH370: Anwar "jijik" Dengan Tindakan Kaitkan Kapten Zaharie Dengan Motif Politik

Anwar "jijik" Dengan Tindakan Kaitkan Kapten Zaharie Dengan Motif Politik


KUALA LUMPUR - 18/3/2014 : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengutuk tindakan sesetengah pihak yang berkata Kapten Zaharie Ahmad Shah mungkin telah didorong oleh motif politik untuk sabotaj pesawat MH370 yang hilang sejak Mac 8.

Menurut laporan AFP, Anwar berkata Zaharie,yang merupakan seorang ahli PKR, adalah seorang yang baik.

Anwar berkata beliau berasa “jijik” dengan cubaan untuk memburuk-burukkannya dan mengaitkan kepimpinan pembangkang dengan kehilangan pesawat tersebut.

Pada Ahad, The Daily Mail melaporkan bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

"Adakah menjadi satu kesalahan untuk sesiapa menjadi ahli Keadilan? Anwar memberitahu AFP.

"Sudah tentu saya tidak mengambil laporan berita itu secara serius tetapi saya saya bersimpati dengan juruterbang itu dan keluarganya," katanya.

Pada Ahad, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Polis telah menyiasat rumah dua juruterbang MH370 dan menemubual ahli keluarga, di samping memeriksa simulator kapten pesawat.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan menurut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meliputi rampasan, keganasan dan sabotaj.

Beliau menambah, siasatan polis bukan sahaja meliputi penumpang dan krew pesawat tetapi termasuk kakitangan sokongan sebelum pesawat tersebut berlepas.

Pesawat jenis Boeing 777-200ER dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu minggu lalu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapal masih belum diketahui. - Agensi


2 comments:

Spt mana jijiknya org dgn kes liwat mu juboq

Anonymous
18 March 2014 at 15:43 comment-delete

tunggu dan lihat

18 March 2014 at 16:17 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ