Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Panggilan Dari Kokpit Cuma Spekulasi - Polis



31/3/2014 - Laporan yang menyebut bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah membuat panggilan telefon daripada kokpit pesawat MH370 sebelum berlepas pada 8 Mac lalu semata-mata spekulasi.

Diminta mengulas laporan The Sun United Kingdom, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menjawab melalui SMS:

“Semua ini spekulasi”.

Zaharie menjadi tumpuan siasatan bagi menentukan apa yang berlaku kepada pesawat ke Beijing yang membawa 229 penumpang itu.

The Sun melaporkan, penyiasat cuba mengesahkan sama ada juruterbang bercakap sebelum MH370 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi.

Ekoran itu, simulator juruterbang turut dirampas dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut terlibat mendapatkan semula data yang telah dipadam.

Khalid juga berkata, tiada perkembangan baru berhubung perkara itu.

“Belum lagi,” katanya. - Malaysiakini


2 comments:

Malaysia sokong kapten Zaharie. Terima kasih kapten kerana telah berbakti selama 35 tahun kpd rakyat Malaysia dan dunia...bantulah mereka Ya Allah...

21 March 2014 at 21:56 comment-delete

Saya manusia biasa yang hanya mampu berdoa Dan berharap,semoga kapten,kru lain,serta penumpang yang terbabit dapat ditemui.

Boy flores
22 March 2014 at 07:34 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ