Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370: Malaysia Kerahkan Aset Untuk Sahkan Objek Yang Dikesan Di Barat Daya Perth



SEPANG - 20/3/2014: Pesawat dan kapal telah dikerahkan untuk mengesahkan objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap kepada pemberita sebelum mesyuarat delegasi Australia di Hotel Sama - Sama di sini, beliau berkata maklumat itu merupakan petunjuk baru dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang masuk hari ke-13 pada Khamis.

"Seperti yang saya telah lakukan dari hari pertama, kita mengikuti setiap perkembangan. Harap-harap ini merupakan satu perkembangan positif," kata beliau sambil menambah bahawa ia adalah terlalu awal untuk mengesahkan di mana serpihan itu ditemui.

Ditanya apa jenis serpihan telah dijumpai dan berapa lama ia akan mengambil masa untuk mengesahkan ia, Hishammuddin berkata: "Kita tidak akan tahu, pesawat dan kapal telah dikerahkan"

Kawasan carian untuk carian Australia telah dikurangkan kepada 300,000 kilometer persegi daripada 600,000 kilometer persegi.

"Seperti yang telah kita lakukan dengan imej daripada satelit China dan serpihan lain yang beberapa petunjuk lebih awal. Kami menggunakan format yang sama."

Hishammuddin enggan mendedahkan maklumat apa yang telah diberikan oleh kerajaan Australia.

Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu dalam penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih belum ditemui sehingga hari ini.


Baca juga di sini

Misteri MH370: Inikah dia?

MH370: Objek terbesar yang dikesan terapung di Lautan Hindi berukuran 24 meter


2 comments:

TQ info Ida selalu terkini hehe

Anonymous
20 March 2014 at 17:25 comment-delete

Bagus juga, kata Hishamudin jangan dedahkan apa-apa maklumat yang belum pasti.

20 March 2014 at 17:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ