Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kepercayaan Kepada Perkara Ghaib

Kepercayaan Kepada Perkara Ghaib

Tak tahu samada ada kena mengena dengan misteri kehilangan MH370...bacalah sampai habis dan nilai sendiri... teori konspirasi memang macam ni hehehe. Kadang-kadang rasa macam masuk akal kadang-kadang mengarut...terpulang!!


Ok penat selepas lepak dengan den komando yang pernah bertugas sebagai intelligent officer dan berpengalaman dalam menguruskan krisis rampasan dan tebusan kapal Somalia. Cuma bertukar maklumat dan hipotesis. Saya faham ramai yang nak lihat saya update, saya boleh update hari-hari tetapi saya bukan penulis konspirasi, walaupun saya ada masukkan unsur sejarah, unsur misteri, konspirasi dalam blog saya yang bersifat pertahanan ala ala majalah Mastika.

Saya masih tetap dengan pendirian saya bahawa pesawat berada di Laut China Selatan cuma saya pelik apabila pihak berkuasa negara memberitahu bahawa MH370 memberikan isyarat kali terakhir pada jam pukul 8 pagi di utara Sumatera. Saya berasa pelik kerana jika pesawat tersebut mampu pergi melintas sempadan Malaysia dan Thailand tanpa dikesan. Saya yakin, konspirasi ini melibatkan negara yang besar dan bukan pengganas dari Third World Country dengan teknologi canggih untuk membuatkan perkara ini berjaya. Lagipun Malaysia bergantung kepada kecanggihan teknologi barat yang sudah pasti mampu menipu mata kita.

Semasa tahun 80an, CIA dan US pernah merangka kewujudan Imam Mahadi palsu bagi memesongkan akidah umat Islam. Imam Mahadi ini akan disertakan dengan kelebihan2 tertentu yang dibantu oleh teknologi yang hebat untuk menunjukkan seolah-olah beliau ada "kekeramatan" (saya tidak ada ayat sesuai).

Itu cerita 80an, tetapi sekarang ini sudah 2014, teknologi untuk menwujudkan dan menghilangkan pesawat sudah ada. Apalah sangat nak menghilangkan pesawat dari skrin radar dan menimbulkan pesawat dalam skrin radar juga, yang kemudian dibuktikan kesahihannya melalui laporan rasmi berbentuk kertas.

Jadi apabila berlaku kekeliruan seperti ini, kita kena bergantung pada teknologi lain yang diberikan Allah pasal kita tidak ada teknologi sendiri untuk "counter" teknologi musuh.

Fikiran kita sudah macam otak barat. Apabila saya cuba memperkenalkan dimensi baru melalui teknologi yang ada dan sepatutnya boleh dikuasi umat Islam, kita akan dikaitkan dengan syirik, khurafat....bagi saya mudah, as long tak melanggar syarat akidah, why not.

Bayangkan teknologi Islam....satelit di langit boleh diletup dan diturunkan. Orang kata dengan kuasa Allah, tetapi macam mana kita nak faham proses penurunan satelit itu?

Saya ambil satu lagi contoh, kita dengar pendekar Melayu mampu membunuh orang dengan menggunakan keris terbang. Jadi dalam kepala kita, kita bayangkan keris tersebut mempunyai kelebihan dan kita panggil keris sakti.

Sebenarnya apabila kita memahami proses yang membolehkan keris itu terbang, baru kita sedar...bukan keris itu sahaja mampu kita terbangkan, pisau pemotong sayur kat rumah pun kita boleh jadikan senjata macam keris terbang tadi, jadi fahamlah....ia terbang bukan kesaktian keris tadi tetapi kita memahami unsur terlibat.

Kita ambil pula teknologi unsur dalam pembuatan keris atau pedang. Ada keris yang dibuat melalui campuran emas, perak, gangsa, tembaga, besi and what ever.

Kalau orang itu kebal. Orang itu mungkin kebal dari besi tetapi apakah orang itu kebal dari emas? atau Perak.

Jadi salah satu unsur dalam keris itu pasti akan dapat melumpuhkan musuh yang mungkin kebal dari jenis senjata yang diperbuat dari besi sepenuhnya.

Saya ambil satu lagi contoh, saya sudah lupa secara tepat sejarah ini tetapi pada satu masa ketika Sultan Hassanudin dari Gowa berperang dengan Belanda. Tentera beliau mempunyai sepucuk meriam yang diberi nama "Anak Makassar". Meriam ini tidak diisi dengan peluru tetapi apabila berperang, meriam ini akan memuntahkan peluru-peluru berapi untuk karamkan kapal Belanda.

Meriam ini akhirnya rosak apabila ada pengkhianat yang menyapukan minyak babi pada mulut meriam.

“Di Somba Opu dapat direbut seluruhnya 272 pucuk meriam besar dan kecil, diantaranya juga meriam “Anak Makassar” yang luar biasa itu. Sungguhpun dalam keadaan rusak, namun meriam Anak Makassar itu masih juga dapat menampakkan kedahsyatannya” -- catatan penulis Belanda, J.W Vogel.

Beliau memberitahu meriam tersebut memiliki berat 9,5 tan dan panjang enam meter serta berkaliber 41.5 cm.

Di sini saya ingin memberitahu, orang-orang Islam sebenarnya memiliki "Secret Weapon"

Di sini saya ingin menerangkan mengapa kadang-kadang saya menyelitkan unsur-unsur mistik dalam penulisan saya dalam blog dan FB secara berdikit. Saya mahu mengajak anda memahami. Percaya dan Memahami adalah dua benda yang berbeza.
Anda mungkin percaya bahawa anda melihat dengan mata kepala anda sendiri bahawa sesebuah keris itu boleh terbang.

Tetapi anda tidak memahami proses terbang itu, paling kuat anda cakap..."Ini bantuan jin", "Ini sihir atau "Ini kuasa Allah".

Jawapan awal mungkin betul dan mungkin salah tetapi jawapan kedua paling betul cuma malangnya, setakat itu sahajalah yang anda mampu beritahu.

Bagaimana dengan prosesnya? Sebenarnya tidak ada magik apabila anda memahami sesuatu perkara. Orang yang tidak faham sahaja yang mudah membuat tuduhan seseorang itu syirik, kurafat, aneh, mistik, terlalu percaya pada benda ghaib dan sebagainya.

Lebih teruk lagi, orang yang membuat tuduhan inilah yang paling mudah dipesongkan.

-Artikel ditulis oleh Shah Paskal.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ